Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February, 2014:

Hati Tidak Berdamai Dengan Kemungkaran

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Fitrah hati itu adalah suci dari sebarang kekotoran. Dan apabila manusia bertindak mengotorinya, maka manusia tidak akan pernah tenang dengannya! Credit Picture : http://mylifethroughthelens.deviantart.com/

Fitrah hati itu adalah suci dari sebarang kekotoran. Dan apabila manusia bertindak mengotorinya, maka manusia tidak akan pernah tenang dengannya!
Credit Picture : http://mylifethroughthelens.deviantart.com/

Hati. Selalu rumit untuk berbicara soal hati. Kerana apabila soal hati, seakan-akan ia adalah tabung bagi seluruh jasad. Kalau terusik hati itu, maka terusiklah seluruh jasad. Kerana itu, bila berurusan tentang soal hati, selalu sahaja langkah diri ini mengambil pendekatan yang sangat berhati-hati. Dan ada waktu juga, membuat diri ini terdiam lama.

Kamu tahu? Hati itu sepertinya juga adalah sesuatu yang abstrak.

Semua manusia itu dicipta dengan fitrah kebenaran. Ada rasa dalam hati tentang mencintai kebenaran. Dan sudah pasti, Allah Ta’ala tidak ciptakan kita dengan kekosongan. Kerana itu, apabila dalam perjalanan hidup kita ini, kita melakukan kemungkaran, hati kita sendirinya akan memberikan amaran-amaran atau peringatan tentang bahana perbuatan kita. Percaya? Cuba tanyakan kepada diri kita masing-masing. Pernah tidak kita merasa tenang apabila melakukan suatu kesalahan? Pastilah kita akan diburu rasa bersalah, bukan?

Atau pernahkah kita melihat orang yang melakukan kesalahan dan jenayah kecil atau besar mengaku dengan megahnya bahawa dirinya tenang-tenang sahaja? Atau paling contoh paling mudah, semasa waktu sekolah dahulu, apabila seorang murid melakukan vandalisme, maka hatinya diulit ketenangan dan tidak takut akan hukuman. Pernahkah?

Namun saya sangat pasti. Kalaupun ada orang yang mengaku bahawa hatinya tenang selepas melakukan semua perkara-perkara yang jelas Allah Ta’ala tidak redha, pastilah sebenarnya dia sedang menipu diri sendiri. Kerana kita ini, diciptakan dengan hati yang suci yang sentiasa menginginkan kebaikan dan kedamaian. Itu, saya sangat pasti!

(more…)

Kebahagiaan Itu Pasti Ada

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bahagia itu tidak datang dengan sendiri. Bahkan perlu diusaha, perlu dicari!

Bahagia itu tidak datang dengan sendiri. Bahkan perlu diusaha, perlu dicari!

Kebahagiaan itu adalah dambaan manusia. Menginginkan kehidupan yang bahagia itu adalah keinginan manusia. Mahu menjalani kehidupan yang sementara ini dengan kebahagiaan yang diredhai oleh Allah SWT itu adalah impian manusia.

Bahagia.

Nikmat bahagia itu sesuatu yang sukar untuk diperincikan. Kerana bahagia itu, tempatnya dijiwa. Bukan terletak pada harta, pada gadjet yang banyak, atau pada duit yang bertimbun. Bahagia itu ada pada jiwa yang sentiasa merasa qana’ah; yang meredhai apa yang Allah SWT redhai, dan bersyukur pada yang sikit atau banyak. Bahkan tidak mengeluh sekiranya tiada.

Dan fakta serta kebenaran yang sangat penting mengenai bahagia, adalah.. Bahagia itu tidak akan datang dengan sendirinya. Atau bahagia itu tidak akan dapat diberikan oleh manusia lain, kecuali diri kita sendiri berusaha untuk mendapatkannya.

Hidup ini simple, bukan?

Allah SWT tidak akan memberikan sesuatu pun kepada mereka yang tidak berusaha. Dan tiada seseorang pun akan mendapatkan sesuatu sekiranya Allah SWT tidak mengizinkan. Juga tiada sesiapa yang dapat menghalang sekiranya Allah SWT sudah berkehendakkan untuk seseorang mendapatkan apa yang Allah SWT redha!

(more…)

Sabtu ; Mengutip Serpihan Cinta!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

kadang kala bila berdepan dugaan yang hebat, kita yang perlu tenang. diam. berjalan dan nikmati kehidupan ini. sesekali berhenti untuk melepas lelahan jiwa - semuanya sudah suratan dari Allah! =)

kadang kala bila berdepan dugaan yang hebat, kita yang perlu tenang. diam. berjalan dan nikmati kehidupan ini. sesekali berhenti untuk melepas lelahan jiwa – semuanya sudah suratan dari Allah! =)

Pernah merasa diduga dengan dugaan yang berat? Dan masa itu ayat, “Sabarlah. InshaAllah, ujian ni dari Allah untuk kau. Ada hikmah,” terasa seperti ayat yang hanya layak dibakul sampahkan. Kerana merasa orang tidak tahu sejak bila kita menyelimuti perjalanan kehidupan dengan sabar. Dan jiwa memberontak, ‘Yang aku perlukan bukan kalian semua suruh sabar dan sabar. Aku perlukan lebih dari sabar, kerana kalian tidak tahu kesabaran yang aku tanggung selama ini!’ Dan pujukan sabar dari orang ramai tidak bererti lagi.

Kalau belum pernah, lambat laun kita pasti akan merasa. Kalau sudah pernah, atau sedang merasainya; maka laluinya dengan caramu yang tersendiri. Namun sangat pasti, dirimu akan mengutip kembali bantuan pujukan ‘sabar’ dari orang lain. Kerana, selain berusaha — dirimu pasti memerlukan kesabaran dalam jiwa. Percaya? Dirimu akan rasa.

Hanya ini dariku sebagai saudaramu – –
semoga Allah mengganjari dengan kebaikan segala kesabaranmu.

Semoga ALLAh merahmati.