Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February, 2014:

Cerpen : Penat Demi Sorga

Sunnah orang berjuang; ditemani dengan tawa dan tangis.

Sunnah orang berjuang;
ditemani dengan tawa dan tangis.

Mata Saleha menahan panasnya airmata. Letih.

Kedengaran gelak tawa dari luar. Dia cuma menggeleng-geleng perlahan sebelum matanya menatap kembali komputer riba dihadapan. Dia memeriksa jadual. Minggu ini, dia dijemput untuk memberi tazkirah di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan. Otaknya masih ligat berfikir.

Dia mendongak dan memandang papan berwarna kuning yang bertampal dengan kertas-kertas memo yang banyak. Terkandung peringatan-peringatan mengenai tugasannya sebagai seorang pelajar dan perlu diselesaikan tanpa mengabaikannya walaupun dia seringkali tidak lekat di rumah sewa. Pada siang hari, kelasnya sentiasa padat. Malam hari, ada sahaja mesyuarat persatuan itu dan ini. Usrah juga tidak pernah dilupakan.

Semester ini, entah kenapa terasa mencabar sungguh. Saleha menekup muka.

Saleha masih menghadap skrin, membalas satu demi satu emel yang dikirimkan padanya. Dia memerhatikan aksara-aksara yang ditaipnya. Sesekali dia merasa berdebar-debar apabila orang lain meminta diberikan nasihat. Takut-takut juga nanti segala nasihat itu akan menuntut hak dari dirinya sendiri. Namun, tugas sebagai seorang Islam apabila saudaranya meminta nasihat, maka dia perlu memberikan nasihat walau hanya sekadar sepatah dua kata.

Otaknya sekali lagi ligat berfikir.

(more…)

Kerana Kau Ada Tanggungjawab

Taken from Google

Taken from Google

Kita hidup, tidak berjalan atau tidak hidup diatas takdir orang lain. Allah Ta’ala telah takdirkan yang khas untuk diri kita jauh sebelum penciptaan kita. Jadi pilihan yang kita ada sekarang ialah menjalani kehidupan yang kita ada ini dengan mempamerkan kesyukuran kepada Allah melalui tugas kita sebagai seorang hamba.

Kita selalu membaca kata-kata ini, “Jika kau dilahirkan dalam keadaan miskin, maka itu bukanlah salahmu. Tapi jika kau mati dalam keadaan miskin, maka itu adalah kesalahanmu.”

Tapi suka saya ketengahkan ini —

Jika kau lahir dalam keluarga;
yang kurang tarbiyah,
yang kurang agama,
maka itu bukan salah dirimu.

Tapi jika kau akan mati dalam keadaan;
tidak mahu ditarbiyah,
tidak mahu mentarbiyah,
maka itu adalah dosa dirimu.

Jangan bicara soal hidayah yang tidak sampai walhal keadaan sekelilingmu terkandung hidayah yang banyak. Tetapi salahkan dirimu yang malas dan tidak mahu keluar dari zon selesamu yang mana batinmu terseksa.

Allah lahirkan dirimu dalam keadaan itu pasti ada hikmah dan mungkin kau adalah seseorang yang bakal memimpin keluargamu ke jalan-Nya.

Memang tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang mengenali apa itu tarbiyah. Bahkan ada yang lahir dalam keluarga yang mungkin porak peranda. Tapi kau patut ada malu pada diri sendiri, jika kau tidak berusaha.

Berfikirlah, anak muda!

Vlog #1 : Perubahan Itu Free

Bismillahirrahmaanirrahiim.

First vlog ever! Perubahan itu FREE. Ya, FREE!

Kadang-kadang ada orang berubah, tapi hampir terkandas di pertengahan jalan. Ada juga terus terkandas, bukan kerana mahu mereka. Tapi kerana orang sekeliling. Tapi kawan, bila fikir-fikir balik. Masa sekarang ini bukanlah masanya untuk berputus asa. Zaman sekarang adalah zaman untuk mencari Tuhan.

Bangunlah;
jangan ranah dan jangan lemah. Semoga kuat!