Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January 22nd, 2014:

Struggle : Bertegas Dalam Ketaatan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dalam ketaatan itu, perlu ada tegasnya dari diri kita. Biar nanti kita membuat Allah Ta'ala suka, bukan membuat syaitan suka! Credit Picture : http://iraqiguy.deviantart.com/

Dalam ketaatan itu, perlu ada tegasnya dari diri kita. Biar nanti kita membuat Allah Ta’ala suka, bukan membuat syaitan suka!
Credit Picture : http://iraqiguy.deviantart.com/

“Kalau ditanya padaku soal ketaatan kepada Allah, aku takut untuk memberi jawapannya. Kerana hidupku seluruhnya dalam pengetahuan Tuhanku.”

Mungkin pernah satu ketika hati kita terdetik mengenai amalan-amalan ketaatan yang kita lakukan serta kebaikan-kebaikan yang pernah, selalu dan bakal kita lakukan. Kita tertanya-tanya sendiri, cukupkah apa yang kita buat semua ini untuk meraih dan memancing redha Allah SWT? Cukupkah untuk membuat Tuan Punya Dunia meredhai kita?

Lalu kita dengan ikhtiar jasad dan jiwa kita sendiri, kita melakukan lebih banyak amalan seperti tiada kurang dan lebihnya dalam pengetahuan Allah SWT. Tujuan kita cuma satu! Mahu terasa kita bahagia dalam ketaatan kepada-Nya dan mahu kita merasa kita dekat kepada Allah SWT. Pernah atau tidak anda mengalami momen-momen seperti ini?

Saya pasti kita semua pernah.

Namun, dalam waktu-waktu bahagia dalam usaha-usaha untuk memperbaiki diri dan menambah amal-amal sedaya kemampuan kita, ada makhluk lain yang sentiasa mencari-cari peluang untuk merosakkan segala apa yang telah kita usahakan. Dan usaha makhluk yang lain tadi itu pula tidak mustahil akan melenyapkan dengan sekelip mata sekaligus membuatkan segala amal kita tidak bernilai di sisi Allah SWT dan boleh jadi seperti debu.

(more…)