Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

December, 2013:

Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian.

Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian.

Found this. MashaAllah!

Mendongak ke langit dunia;
bukan sekali dua ada memberi kata seperti ini.
Sungguh naluri ketika merasa penulis itu bercakap,
bukanlah kerana penulis itu sendiri —

tapi kerana Allah SWT yang sedang membelai hati kalian,
tapi kerana Allah SWT yang sedang menyentuh hati kalian,
tapi kerana Allah SWT yang sedang menyayangi jiwa kalian.

Tanda dari Allah —
bahawa Dia masih memegang hati-hati kita semua.

Masih teringat bagaimana getaran terasa dalam jiwa apabila mengetahui bahawa buku Allah Tidak Pernah Jauh sudah diterbitkan dan bakal diedarkan ke seluruh Malaysia. Bertambah beku dan dinginnya jiwa apabila tangan ini memegang buku karya sulung diri sendiri – terfikir. Allah, besar sungguh tanggungjawab ini.

“Aku takut.”
“Takut kalau-kalau tulisanku hanya mendatangkan keburukan.”
“Aku takut kalau-kalau aku hanya tahu tulis dan tidak tahu buat.”
“Dan aku sangat takut bila aku mendatangkan fitnah kepada agama-Mu, ya Allah!”

Semua itu berlegar-legar dalam minda untuk beberapa ketika.

Bukan seorang dua tiga orang mengatakan, “Engkau seolah-olah duduk di depanku sedang bercakap dengan aku apabila aku membaca nukilanmu.” Sungguh, itu sebenarnya bukan aku. Bukan. Tapi Allahlah yang sedang membelai jiwamu.

Allah Tidak Pernah Jauh -- Sesekali.

Allah Tidak Pernah Jauh — Sesekali.

Semoga ALLAh merahmati.

Allah Tidak Pernah Jauh – Kenalkan Aku Dengan Diriku

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Tuhan, anugerahkan kekuatan dan kesabaran kepada hamba-Mu.

Kenalkan Aku Dengan Diriku

LAUTAN yang luas terbentang di hadapan mata. Nun di sana… kapal-kapal sedang belayar. Saya menunduk 80 darjah, kelihatan beberapa ekor ikan berenang ke sana sini dengan riangnya. Saya lemparkan keropok yang dibeli, mereka makan. Alhamdulillah, ada senyum di hati.

Mendongak pula ke langit. Awan nampak cantik. Langit memancarkan biasan warna biru yang mendamaikan jiwa. Ya, itu yang saya lihat. Tapi saya yakin, dari atas sana, saya juga sedang dilihat dan diperhatikan.

Lalu saya perhatikan diri saya sendiri. Saya kenal dengan benda-benda di persekitaran. Saya kenal insan-insan selain diri saya; keluarga saya, sahabat saya, kawan-kawan. Saya tahu membaca, saya tahu mengira, saya tahu menilai itu dan ini.

Tapi, adakah saya kenal, tahu dan menilai diri saya sendiri?

(more…)

Larut Malam Yang Menyemak Suara Hati

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ada ketika, waktu saja yang boleh memahami jiwa kita.

Ada ketika, waktu saja yang boleh memahami jiwa kita.

Macam baru sahaja beberapa hari lepas menjejak kaki ke perkarangan rumah. Alih-alih minggu depan kena angkat kaki pula meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Semuanya terasa sekejap sahaja apabila masa untuk bertolak itu sudah terlalu hampir. Tambahan pula malam-malam begini, ketenangan malam seakan-akan rancak membelai alunan jiwa.

Benarlah. Rumah dimana keluarga kita berada, disitu ada ‘roh’ yang tersendiri.

Bercakap soal perjuangan yang masih berbaki. Juga mengenai perjuangan sebagai seorang anak. Betapa semua anak, yang saya pasti berdasarkan rasa dan naluri sebagai seorang anak yang saya ada ini; ingin membahagiakan kedua orang tuanya. Malah, mahu kedua orang tuanya bahagia dan tersenyum olehnya. Juga ingin sekali seorang anak seperti saya ini memenuhi permintaan kecil mahu pun besar yang diingini oleh kedua orang tuanya.

Betapa jiwa kecil seorang anak yang seperti saya sedaya upaya mahu membalas jasa-jasa dan kebaikan-kebaikan kedua orang tuanya. Kerana sebagai seorang anak seperti saya ini, saya sedar bahawa walau betapapun saya ingin membalas jasa mereka, pasti tidak boleh!

(more…)