Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian.
Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian.

Found this. MashaAllah!

Mendongak ke langit dunia;
bukan sekali dua ada memberi kata seperti ini.
Sungguh naluri ketika merasa penulis itu bercakap,
bukanlah kerana penulis itu sendiri —

tapi kerana Allah SWT yang sedang membelai hati kalian,
tapi kerana Allah SWT yang sedang menyentuh hati kalian,
tapi kerana Allah SWT yang sedang menyayangi jiwa kalian.

Tanda dari Allah —
bahawa Dia masih memegang hati-hati kita semua.

Masih teringat bagaimana getaran terasa dalam jiwa apabila mengetahui bahawa buku Allah Tidak Pernah Jauh sudah diterbitkan dan bakal diedarkan ke seluruh Malaysia. Bertambah beku dan dinginnya jiwa apabila tangan ini memegang buku karya sulung diri sendiri – terfikir. Allah, besar sungguh tanggungjawab ini.

“Aku takut.”
“Takut kalau-kalau tulisanku hanya mendatangkan keburukan.”
“Aku takut kalau-kalau aku hanya tahu tulis dan tidak tahu buat.”
“Dan aku sangat takut bila aku mendatangkan fitnah kepada agama-Mu, ya Allah!”

Semua itu berlegar-legar dalam minda untuk beberapa ketika.

Bukan seorang dua tiga orang mengatakan, “Engkau seolah-olah duduk di depanku sedang bercakap dengan aku apabila aku membaca nukilanmu.” Sungguh, itu sebenarnya bukan aku. Bukan. Tapi Allahlah yang sedang membelai jiwamu.

Allah Tidak Pernah Jauh -- Sesekali.
Allah Tidak Pernah Jauh — Sesekali.

Semoga ALLAh merahmati.