Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

December 3rd, 2013:

Larut Malam Yang Menyemak Suara Hati

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ada ketika, waktu saja yang boleh memahami jiwa kita.

Ada ketika, waktu saja yang boleh memahami jiwa kita.

Macam baru sahaja beberapa hari lepas menjejak kaki ke perkarangan rumah. Alih-alih minggu depan kena angkat kaki pula meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Semuanya terasa sekejap sahaja apabila masa untuk bertolak itu sudah terlalu hampir. Tambahan pula malam-malam begini, ketenangan malam seakan-akan rancak membelai alunan jiwa.

Benarlah. Rumah dimana keluarga kita berada, disitu ada ‘roh’ yang tersendiri.

Bercakap soal perjuangan yang masih berbaki. Juga mengenai perjuangan sebagai seorang anak. Betapa semua anak, yang saya pasti berdasarkan rasa dan naluri sebagai seorang anak yang saya ada ini; ingin membahagiakan kedua orang tuanya. Malah, mahu kedua orang tuanya bahagia dan tersenyum olehnya. Juga ingin sekali seorang anak seperti saya ini memenuhi permintaan kecil mahu pun besar yang diingini oleh kedua orang tuanya.

Betapa jiwa kecil seorang anak yang seperti saya sedaya upaya mahu membalas jasa-jasa dan kebaikan-kebaikan kedua orang tuanya. Kerana sebagai seorang anak seperti saya ini, saya sedar bahawa walau betapapun saya ingin membalas jasa mereka, pasti tidak boleh!

(more…)