Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

November, 2013:

Ranap Dalam Durasi Waktu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

kan kita ada Tuhan, satu tempat pergantungan.

kan kita ada Tuhan, satu tempat pergantungan.

Satu hari,
dalam momen aku ranap dalam kediaman
setiap tanya dan bicara aku layankan dengan ekor mata
momen jiwa untuk bercakap itu tiada.

“Aku takut kekadang dengan kau. Sifat tawakal kau tinggi.”
aku hanya dengar dengan kosong.
“kadang-kadang macam tak bertempat.”
aku pandang ke depan,
menanti durasi waktu berjalan.
“tapi aku rasa selamat bila dengan kau. terima kasih!”

Betapa pun,
jiwa yang sering menutur tingkah kuat itu
pasti ada harinya akan longsai tanpa sangsi.

Tangan bergenggam tapak tangan;
“kan kita ada Tuhan, satu tempat pergantungan.”

Tentang Cahaya Yang Datang

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tentang cahaya itu yang datang. Credit Picture : http://kreavi.com/13749/Cahaya

Tentang cahaya itu yang datang.
Credit Picture : http://kreavi.com/13749/Cahaya

Hari itu, sangat teringin benak untuk keluar berjalan. Berjalan bukan tujuan mahu berbelanja, tapi hanya sekadar menghirup udara dan menjamah pemandangan yang berbeza. Sesekali, diri sendiri patut diganjari dengan sesuatu yang indah. Sebagaimana iman kita tidak boleh dalam keadaan statik sahaja. Maka kita kena ada usaha untuk menebalkannya.

Kalau iman itu ada turun naiknya;
maka biarlah kita jadi orang yang selalu menggapai saat naiknya.

Entah rasa apa yang Allah Ta’ala hadirkan pada hari itu – yang pastinya rasanya sesuatu yang sangat berbeza. Jiwa mungkin boleh dikatakan sudah berada dalam kehujanan yang basahnya hanya diri sendiri sahaja yang tahu, selain Rabb.

Satu perkataan yang boleh gambarkan rasa pada hari itu – kesedihan.

Seakan-akan jiwa mencari cahaya. Cahaya yang didahagakan oleh semua orang; hanya kita sedar dan tidak sahaja bezanya. Dan kita mahu menerima atau tidak, persoalannya.

Tentang sebuah cahaya.

(more…)