Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October 25th, 2013:

Kesukaran Hidup Yang Mengajar Makna

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Adakalanya, Allah tempatkan kita di tempat yang sempit.

Adakalanya, Allah tempatkan kita di tempat yang sempit.

Pada suatu waktu yang bukan saat ini — saya jadi teringat pada peristiwa yang mengusik hati asbab berurusan dengan jiwa-jiwa manusia. Dalam dunia ini, sungguhpun kita tidak mengganggu orang lain, pastilah kita pula yang akan diganggu. Dan rencah hidup di dunia, adakalanya Allah beri kita pilihan yang sukar bersendikan sesuatu yang melibatkan urusan dengan manusia-manusia di sekeliling.

Diuji dengan hal-hal yang tidak pernah diduga, jiwa boleh jadi sesak! Tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan bahawa kita pernah alami hal yang demikian sehingga jiwa sesak.

Saat-saat begitu, manusia cenderung untuk mengasingkan diri. Mengasingkan diri bukan kerana membenci manusia sekeliling, tetapi memberi masa untuk diri sendiri. Biar melayan perasaan dalam-dalam agar bertemu sesuatu yang hilang, mungkin?

Ada waktu-waktu yang kita seakan-akan tahu bahawasanya kita tidak mampu melalui hari-hari yang mendatang dengan jiwa yang sedang sakit seorang diri. Akhirnya, jiwa mencari jejak orang yang kita rasa jiwa kita dekat dengan jiwanya. Kita menceritakan pula kepadanya. Bukan kerana meminta simpati, tapi kerana hati – biar tenang gelodak di jiwa.

Tapi rupanya kita silap.

(more…)