Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October 13th, 2013:

[Give Away] 3 Naskhah Al-Quran Terjemahan Percuma

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Al-Quran Terjemahan Humaira

Al-Quran Terjemahan Humaira Percuma

Alhamdulillah Allah izin, ada 3 buah naskhah al-Quran terjemahan yang diberikan secara percuma. Al-Quran terjemahan ini berukuran (B5) berbentuk seperti diari. Mudah untuk dibawa ke mana-mana; kuliah, jalan-jalan. Tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat.

Alhamdulillah saya sendiri sudah memeriksanya.

Kenapa saya memilih terjemahan ini? Ini kerana, terjemahan ini sangat bagus bagi saya, sebab disertakan sekali asbabun nuzul, tanda-tanda tajwid serta hadis-hadis yang berkaitan.

Bagaimana Cara Mahu Menyertai/Menerima Al-Quran Terjemahan Ini?

(more…)

Pengenalan : Projek Edaran Al-Quran Terjemahan Percuma

Bismillahirrahmaanirrahiim.

– Projek Memberi Kasih –

Projek Memberi Kasih - PKM

Nota Kepala :
(1) Keutamaan diberi kepada non-Muslim atau bagi yang duduk di negeri Sabah dan Sarawak.
(2) Setiap penyertaan hanya akan mendapat se-naskhah sahaja.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;”
Surah al-Baqarah : Ayat 2

Orang yang ingin mencari Allah dan ingin mengenali Allah, maka tidak gugur kewajiban ke atas dirinya untuk mendekatkan diri serta memahami erti kata-kata Allah Ta’ala di dalam al-Quran. Dan bagi sesiapa yang mencari kebenaran, maka al-Quran adalah jawapan yang benar.

Hidup tanpa panduan ibarat layang-layang yang terbang terputus tali – mungkin pada awalnya ia akan terbang di atas awangan, mengikut arus angin yang kuat. Dan akhirnya, akan rosak apabila mendarat dan mencium dada bumi – mungkin tersangkut di dahan pokok, lalu terkoyak. Mungkin juga akan jatuh ke dalam api yang sedang marak.

Begitulah ibarat kehidupan tanpa berpegang pada kebenaran (al-Quran).

(more…)