Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August, 2013:

Ma’assalamah, ya Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Selamat jalan, wahai ramadhan. Moga kita bertemu lagi dengan kasih pada tahun hadapan.

Selamat jalan, wahai ramadhan. Moga kita bertemu lagi dengan kasih pada tahun hadapan.

Ketika turun ke dapur petang tadi dengan niat untuk menyediakan juadah berbuka puasa, Mama terus memberitahu bahawa beliau telah membuat spagetti. Okelah, agak tersenyum riang di situ. Terlupa bahawasanya esok akan raya, maka saya terus sahaja bertanya, “Ma esok sahur takkan makan spagetti jugak?” Dan beliau terus berkata sambil tangan gigih menggaul bahan-bahan untuk menjadi makaroni buah, “Besok kan raya.”

Senyap. Hanya mampu mengungkap, “Oo.”

Mengikut kiraan masa dalam Islam, masuk waktu maghrib itu menandakan pertukaran hari baru. Maka sekarang ini kita sudah berada di pintu bulan syawal. Esok pagi pasti meriah dengan solat raya di masjid dan seterusnya lagi meriah dengan kunjungan saudara ke rumah.

Ketika tangan menadah untuk berdoa tadi, perlahan-lahan terasa bahang kepanasan di kelopak mata. Entah rasa apa yang berkecamuk dijiwa. Namun yang pasti, sepanjang makan tadi masih boleh control macho. Masih rancak berbual-bual tentang esok dah raya. Tapi apabila masuk ke bilik yang sunyi tanpa orang melainkan diri sendiri, akhirnya airmata tumpah.

Entah. Terlalu banyak perkara yang perlu sangat disyukuri sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Terlalu banyak ujian dan hikmah yang Allah beri satu persatu.

Kegembiraan untuk yang bermujahadah sepanjang bulan ramadhan untuk diraikan adalah pada esok hari, 1 Syawal. Dan tidak dilupa juga untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Seterusnya meneruskan ibadah di bulan ramadhan sehingga 10 bulan yang akan datang.

Eid mubarak, kawan-kawan!

Kita bukan merintih dengan perginya ramadhan.
Kita cuma risau amal kita apakah diterima oleh Allah setelah sebulan ini?

Semoga ALLAh merahmati.

Throwback – Airport Area

Bismilahirrahmaanirrahiim.

20130710_091933

Setiap perjalanan hidup, ada kisahnya.
Atas kapal terbang : Tepi tingkap

“Berehat jangan lama-lama. Come on, ramai orang perlukan kau. Kalau dunia separa hip hop kau boleh tempuh untuk tinggalkan, kenapa tidak perkara di lembah yang baru?”

“Hmm. Yelah, kau tak habis-habis nak bebel dari seminggu yang lepas.” Jeda.

Kedengaran gelak. “Well, aku kan sayang kau. Take care. Naik flight jangan lupa baca doa. Jangan lupa lafaz Allahuakbar, dan sampai nanti lafaz juga Subhanallah. Sunnah tu.”

Diam. “Thanks, Nurul.”

Kini Hani berada di lapangan terbang yang sebesar-besar alam itu. Sendiri. Baliknya bukan ke kampung halaman. Tapi ke satu tempat yang lain. Tiada siapa yang tahu, melainkan sahabat baiknya yang kuat membebel itu, Nurul. Tapi kuat macam mana pun Nurul membebel, rimas-rimas Hani pun, sebenarnya Hani suka dan bahagia ada sahabat baik macam Nurul tu.

Usai check in di kaunter, Hani masuk ke balai berlepas.

(more…)

Apa Khabar Jiwa Ramadhan Kita?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Apalah makna syawal kita jika ramadhan tidak kita maknai? Credit picture : Google.Com

Apalah makna syawal kita jika ramadhan tidak kita maknai?
Credit picture : Google.Com

Ada lebih kurang seminggu sahaja lagi ramadhan bakal pergi.

Apa khabar jiwa ramadhan kita? Apa khabar usaha kita?
Apa khabar jiwa kehambaan kita? Apa khabar usaha atas iman kita?

Agaknya banyak mana dah usaha yang kita lakukan sepanjang berada di bulan ramadhan ini? Tak perlu jawab di sini. Jawab dihati kita yang paling dalam, cukup. Jelas.

Serasa-rasa, kita yang baru mendaftar masuk menjadi pelajar di Universiti Ramadhan masa tahun satu (fasa pertama) dulu sama tak dengan kita yang sudah berada dalam tahun ketiga (fasa ketiga, 10 malam terakhir) ini? Atau, adakah ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari ramadhan yang pernah kita lalui tahun-tahun yang lepas?

Adakah bertambah baik? Atau bertambah rasa tiada apa-apa? Pfffttt.

Namun antara yang saya sangat percaya; betapa kita ini pendosa yang banyak berbuat dosa, bila tahu bulan ramadhan hendak tiba, maka masing-masing diantara kita terpasak teguh azam dijiwa untuk dapat buat kebaikan pada bulan ramadhan asbab keberkatannya yang lebih. Ya, kawan. Kita, pendosa ini – kita mengharap belas kasihan dari Allah.

(more…)