Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August 29th, 2013:

Jangan Cepat Hukum Hidup Orang Lain

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Menghukum orang lain tidak menjadikan dirimu mulia -- Menampakkan sisi burukmu, bahkan.

Menghukum orang lain tidak menjadikan dirimu mulia — Menampakkan sisi burukmu, bahkan.

Satu hal yang saya lebih pelajari apabila ‘membaca’ kehidupan orang lain ialah, jangan terus menghukum seseorang yang kita lihat pada zahirnya begini dan begitu. Apatah lagi jika kita tidak pernah dekati orang tersebut, yang kita langsung tidak kenali dan kita hanya mendengar desas desus mengenai si fulan atau fulanah, dan terus kita menghukum dia dengan pelbagai andaian yang bermain di minda. Kerana kita tidak pernah tahu, bahawa bebanan apa yang sedang ditanggungnya dalam jiwanya yang tersembunyi itu.

Adalah tidak adil jika kita terus menghukum, bukan?

Dan apakah apabila ada seseorang datang kepada kita, menceritakan kisah kehidupannya yang mungkin boleh menjadi perkara yang buruk atau baik, maka kita terus mencelah dia dengan makian? Jangan. Bukan begitu Islam dan Rasulullah mengajar kita.

Kawan, bukankah datangnya dia berkongsi bebanan jiwanya adalah kerana dia mempercayai kita, dan di dalam hatinya itu pasti terkandung harapan untuk mendapat sokongan moral dari kita sekurang-kurangnya. Kalau tidak mampu memberikan sokongan dari segi wang ringgit, maka berikanlah sokongan semangat padu kepadanya.

(more…)