Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 19th, 2013:

Refleksi Ramadhan #1: Keringanan Yang Allah Beri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Lokasi : Lautan Dunia Filipina

Lokasi : Lautan Dunia Filipina

Ramadhan Pertama – 10/7/2013.

Selepas beberapa tahun tidak pernah menyambut 1 Ramadhan dengan keluarga, akhirnya tahun ini ALLAh Ta’ala beri perkenan untuk duduk semeja bersahur dengan keluarga dan memakan masakan hasil dari air tangan Mama.

Antara sesuatu yang membuat jiwa bahagia.

Keesokan paginya, harus diperluaskan langkah pula untuk terbang bermusafir sebagai penuntut ilmu. Dalam perjalanan ini, satu harapan tersemat jauh di dasar jiwa.

Islam itu meliputi semua aspek kehidupan, itu benar. Syumul, dalam bahasa Arab yang bererti menyeluruh. Maka dengan kebesaran ALLAh Ta’ala, mana mungkin sesuatu itu terlepas dari pengetahuan-Nya, bukan? Atau aturan-Nya tidak larat digalas oleh manusia itu, jauh sekali.

Kerana setiap hukum yang diberikan kepada manusia itu, ada sebab-sebab dan juga ada kelonggaran di dalamnya sesuai dengan kemampuan manusia yang bersifat lemah. Oleh itu, jika ada tuduhan-tuduhan dari pihak lain yang mengatakan bahawasanya Islam adalah agama yang menzalimi, maka saya sendiri tidak teragak-agak untuk membidasnya.

Untuk kesabaran kerana Allah, dan keegoan kerana dunia diri, juga kemungkaran kerana nafsu. Semuanya tidak mudah sebenarnya. Perlu ada usaha untuk mendorong dan menolak diri sendiri agar mencapai satu tingkatan yang ALLAh redha.