Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June, 2013:

Genap 23 Tahun – Waktu Bukan Untuk Main

Bismillahirrahmaanirrahiim.

DSC_0911

Hari ini, mengikut kalendar Masihi, 21/Jun/2013;
genap sudah umur manusia ini.

sudah 23 tahun–
23 tahun waktu yang entah ke berapa kali melakukan dosa
23 tahun waktu yang entah ke berapa kali memohon ampun
23 tahun waktu yang entah ke berapa kali masih lalai di dunia

namun yang pasti,
semakin dekat kepada kematian.

sudah 23 tahun–
waktunya bukan untuk bermain-main.

Selamat menghampiri kematian, wahai diri!

Selamat menghampiri kematian, wahai diri!

Selamat menghampiri kematian, Suhana!

Kegelapan Yang Diraba-Raba

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kalau hidup ini dah gelap, agak-agak apa akan jadi?

Kalau hidup ini dah gelap, agak-agak apa akan jadi?

Kebetulan terjaga tengah malam sebegini. Sejak rak buku dipindahkan dari dalam bilik ke tingkat bawah beberapa minggu yang lepas, setiap kali bangun dari tidur, dan bila lihat ke sebelah kanan tiada rak buku di situ – ada rasa pelik dalam jiwa. Jadi janggal. Atau erti kata lain, rindu pada buku-buku. Bertahun buku-buku jadi ‘roommate’ kot.

Itu satu hal. Terjaga tadi dalam keadaan bilik yang sangat gelap.

Ada situasi, kita sukakan kegelapan. Contoh, semasa waktu tidur. Dengan mematikan lampu dalam bilik itu boleh membuatkan kita tidur lena. Sangat lena. Tenang saja tidur kita.

Tetapi ada juga manusia yang tidak sukakan kegelapan. Kerana baginya, kegelapan itu sangat menakutkan. Berada dalam keadaan gelap, seperti berada dalam genggaman makhluk yang tidak diketahui rupa dan bentuk jasadnya, tetapi bila-bila masa sahaja boleh mencederakan atau membuat hal-hal buruk kepada kita tanpa kita ketahui.

Apapun definisi kegelapan bagi kalian, itu terpulang.

(more…)

Allah Tidak Pernah Jauh – Tentang Secebis Rasa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah Tidak Pernah Jauh -- Sesekali.

Allah Tidak Pernah Jauh — Sesekali.

Buku Allah Tidak Pernah Jauh, karya sulung saya.
Genre– Motivasi Islamik.

Hari itu semasa pergi PBAKL 2013 di PWTC, semasa duduk di meja penulis bersama penulis-penulis senior KB, saya tertarik dengan seorang pakcik yang membelek-belek buku yang berada di hadapan kami. Akhirnya beliau memegang buku yang bertajuk ‘Allah Tidak Pernah Jauh’. Maka saya jawab dan jelaskan kepadanya.

Satu persoalannya, “Sesuai tak dibaca untuk golongan remaja?”

(more…)