Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May 11th, 2013:

Balaslah Keburukan Dengan Kebaikan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kadang-kadang kita hanya perlu berdiri teguh, bukan kerana membiarkan kejahatan. Tapi meneguhkan diri dalam kekuatan. Credit Picture : http://fogke.deviantart.com/

Kadang-kadang kita hanya perlu berdiri teguh, bukan kerana membiarkan kejahatan. Tapi meneguhkan diri dalam kekuatan.
Credit Picture : http://fogke.deviantart.com/

Hello there, peeps!

Keburukan dibalas dengan kebaikan bukanlah sesuatu yang asing. Tetapi bukanlah sesuatu yang mudah, kan. Bukan mudah mahu menatap kembali luka-luka yang telah diakibatkan oleh orang lain. Apatah lagi mahu melupakan semuanya dengan berlakon seperti tiada apa-apa.

Urusan hati seperti sakit hati, berdendam dan dengki adalah sesuatu yang sukar ditangani kalau sudah dibiarkan melarat. Jika fikir-fikir kembali kejahatan orang terhadap diri, bukankah mahu dibalas saja perbuatan mereka? Biar mereka merasa benda yang sama seperti mereka lakukan. Atau mungkin boleh beri balasan yang lebih teruk lagi, bukankah?

Tapi mari kita cuba fikir dalam-dalam, sampai bila hati akan bertahan dengan rasa kejahatan asbab berdendam atau sakit hati dengan perbuatan orang lain kepada diri? Semakin mengingati sesuatu peristiwa yang menyakitkan, maka sebenarnya semakin membuatkan hati menjadi tidak bahagia. Membuatkan hati menjadi sakit tidak keruan kerana berdendam.

You know what?
Mungkin kita perlu guna cara, balas keburukan dengan kebaikan?