Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May, 2013:

Menangisi Diri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Aku menangisi diriku, kerana aku bimbang aku belum cukup kasih terhadap golongan seangkatanku. Credit picture : http://bogdanici.deviantart.com/art/Life-within-Death-361475874

Aku menangisi diriku, kerana aku bimbang aku belum cukup kasih terhadap golongan seangkatanku.
Credit picture : http://bogdanici.deviantart.com/art/Life-within-Death-361475874

Menangisi diri;
tatkala melihat golongan seangkatan ku
masih samar penglihatan berada di pinggiran jalan
gembira dalam redha yang tercipta dalam fantasi dunia

Menangisi diri;
tatkala aku melihat manusia yang sebayaku
masih terpaku lali di atas pentas kepuraan
dengan menyangka bahawa itulah kebahagiaan

Menangisi diri;
kerana melihat apa sahaja usaha yang dilakukan oleh diri
untuk meraih bahu mereka-mereka itu
dan menunjukkan serta sama-sama berjalan seiringan

Menangisi diri;
apalah yang Allah akan tanyakan kepadaku nanti
tatkala disoal selidik tentang apa usaha terdiri
disaat kau melihat mereka berdiri dan berlari
dalam kegelapan halusinasi sendiri.

Cerpen : Yang Pahit Itu Manis

Tidak semua yang manis itu baik. Dan tidak semua yang pahit itu buruk.

Maria sedang duduk menghadap pantai. Sementara menunggu Nur Ain tadi, dia sempat berjalan-jalan di tepian pantai. Melayani sendiri perasaan. Betullah dunia ini sangat memberatkan. Teringat perbualan semasa Maria dan Nur Ain masih di bangku sekolah beberapa tahun yang lepas. Kata Maria, kalaulah bukan dunia ini tempat untuk mencari bekalan, maka dia tidak mahu tinggal di sini. Dicantas pula oleh Nur Ain, katany selamba sudah, namanya juga dunia?

Terngiang-ngiang kata-kata Nur Ain, “Ambillah yang manis-manis, tapi jangan lupa yang pahit. Tak best kot kalau hidup di dunia ni manis je. Maka, apa guna syurga nanti?”

Nur Ain : Assalamu’alaikum! Oit, menung jauh nampak?

Maria : Wa’alaikumussalam. Hahaha, bila sampai? Sorry tak perasan.

Nur Ain : Lebih dari 5 minit jugaklah. Aku duk perhati kau daripada tadi.

Nur Ain duduk sebelah Maria. Suasana sepi seketika.

Nur Ain : Iman sihat? Kau sihat? How’s life?

Serentak tangan Nur Ain memaut bahu Maria. Maria tersenyum sahaja.

(more…)

Buku Allah Tidak Pernah Jauh Akan Dicetak Kali Kedua

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah Tidak Pernah Jauh. Indeed. =)

Allah Tidak Pernah Jauh. Indeed. =)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Untuk makluman, buku Allah Tidak Pernah Jauh akan bakal dicetak buat kali kedua selepas cetakan pertama pada bulan Mac 2013. Semalam mendapat khabar dari kakak editor yang baik hati, Puan Rosmawati memberitahu bahawa buku ini akan dicetak buat kali kedua.

Cetakan pertama adalah sebanyak 6000 lebih naskah.

Tiada apa yang perlu dan dapat diucapkan melainkan sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT. Terima kasih juga kepada para pembaca buku tersebut. Harapannya cuma satu, semoga buku itu bermanfaat kepada yang membacanya. Bacalah dengan hati. Dan semoga Allah Ta’ala mengira pembacaan kita semua sebagai ibadah dan pahala.

Dan inshaAllah.. Emm, emm.. Nak minta boleh?
*kuis-kuis tanah

Tolong doakan saya. Doakan saya, semoga Allah berikan ilham dan kekuatan untuk siapkan manuskrip buku kedua nanti. Buku kedua bakal terbit nanti, inshaAllah.

Semoga ALLAh merahmati.