Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April 15th, 2013:

Mencari Semula Erti Hidup

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kadang-kadang, mata kita dikaburi keindahan dunia. Credit picture : http://bogdanici.deviantart.com/

Kadang-kadang, mata kita dikaburi keindahan dunia.
Credit picture : http://bogdanici.deviantart.com/

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Memang langsung tidak dinafikan ayat ini. Bagi saya sendiri, semakin banyak kita berjalan, semakin banyak kita merasai rasa lelah, semakin banyak yang akan kita pelajari dalam hidup. Dan frasa pemandangan itu, mungkin juga membawa maksud pelbagai corak kehidupan yang dapat kita lihat, yang mungkin sangat berbeza dari kehidupan kita dan akhirnya, setiap pemandangan itu membuka mata kita sepenuhnya. Membuka mata kita untuk melihat dari sudut yang berbeza.

Mungkin sebelum ini cara pandang kita terhadap kehidupan sangat berbeza. Apatah lagi apabila kita ibarat berada di ‘dalam kepompong yang lengkap’. Yang dimana kita merasa bahawa kehidupan kita sudah sangat lengkap, walhal sebenarnya tidak. Dan mungkin sebelum ini cara kita ‘memandang’ Tuhan itu berbeza.

Ya, memandang Tuhan.

Ada orang di luar sana, ada orang walaupun hidup dalam Negara Islam, masih tetap tercari-cari apakah sebuah keindahan didalam agama Islam untuk lebih rapat kepada Allah SWT. Dan jangan hairan apabila ada orang yang belajar di universiti Islam, kolej Islam juga masih belum menemui Tuhannya. Masih tetap tidak mengenal Allah SWT, walaupun mereka tahu Allah SWT itu siapa. Sebab itu saya kata, jangan nilai seseorang itu berdasarkan dari mana dia belajar. Sebab itu bukan kayu pengukurnya untuk mengenal Allah SWT.

(more…)