1 April 2013 – Selamat Bertarung!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mencipta jejak; serasanya tidak senang, kawan.

I have no doubt with the phrases, “Jauh perjalanan, luas pemandangan.”
Or should we change to ‘pengalaman’?

Mencipta jejak; serasanya tidak senang, kawan.
*senyum nampak gigi*

2 minggu lebih sahaja lagi. Maka senjata pena akan beraksi.

Terimbas kenangan kanak-kanak riang (sekolah menengah) dulu, apabila dapat keputusan peperiksaan penggal pertama. Balik rumah dengan kad reputasi pelajar, masuk bilik dan setia dengan muka yang murung. Tanpa sepatah kata.

Abah masuk dengan perlahan, tanya keputusan. Saya tak cakap apa-apa. Tapi wallahi Abah dengan sabar seiring senyum melihat keputusan itu, dan berkata,

“Nda apalah, kakak. Yang penting sudah berusaha. Jangan kalah sebab tidak berusaha, itu memang tidak dapat diterima. Tiada usaha namanya kalau macam tu.”

Ada ibrah di situ —
paksa diri dan paksa lagi. pandai tak pandai tu belakang cerita.

Cuma nak tanya, ada usaha tak?