Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April, 2013:

Dakwah Itu Jemputan Yang Mendamaikan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dakwah itu akan selalu jadi jemputan yang mendamaikan. Credit picture : http://simplysamwise.deviantart.com/

Dakwah itu akan selalu jadi jemputan yang mendamaikan.
Credit picture : http://simplysamwise.deviantart.com/

Selalu sahaja orang akan menyangka bahawa dakwah itu adalah kerja orang-orang agama. Kerja orang-orang yang berpakaian jubah dan serban, kerja wanita-wanita yang pakai jubah yang longgar itu dan tudung labuh, tidak kurang yang pakai niqob.

Nope. Sebenarnya tidak.

Tapi apapun, post ini bukanlah berkenaan mereka-mereka itu. Tapi entri ini adalah berkenaan bagaimana bahawanya dakwah itu. Pada pandangan saya, dan pada hakikat apa yang terlihat oleh saya. Dakwah bukanlah sesuatu yang menggerunkan, demi Allah. Tapi dakwah adalah suatu jemputan yang sangat mendamaikan.

Dari jiwa yang resah dan serabut, ke jiwa yang tenang dan damai.

Dakwah itu sendiri adalah seruan, dan bukannya paksaan. Jadi bagaimana seruan itu kita boleh katakan suatu paksaan, kan? Jadi kawan, kalau anda seorang yang alergik dengan perkataan ‘dakwah’ sebelum ini, maka bacalah ini untuk menghurai rasa itu.

Kepada mereka yang mengaku sebagai dai’e, bacalah juga ini.

(more…)

Sepetang Bersama Secangkir Kopi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kadang-kadang, perlukan masa sendiri bersama secangkir kopi. Credit Picture : http://angievercetti.deviantart.com/

Kadang-kadang, perlukan masa sendiri bersama secangkir kopi.
Credit Picture : http://angievercetti.deviantart.com/

Petang itu sangat damai. Cuaca memang sangat serasi dengan mood hari itu. Alam pula seakan-akan tersenyum meraih rasa senang hati manusia terhadapnya. Masakan tidak, kita sama-sama makhluk Tuhan, bukan? Haruslah saling meraihkan!

Duduk sesuai dengan rasa hati.

Memandang langit sambil bekas yang berisi kopi itu masih di tangan kiri. Manakala buku pula berada di tangan kanan. Langit seolah-olah berbicara,

“Apa sahaja usaha yang kau sudah lakukan pada hari ini, wahai anak muda?”

Aih, seketika tersedar.
Dengan tamparan hebat pada sanubari.

Nyata masalah akan sentiasa ada. Maka orang yang rasa bertanggungan untuk memikul beban dan mengubah demi sejahtera bersama, memang patut rasa terhempap dengan bisikan pertanyaan itu. Tanda hidup ini sentiasa akan ada banyak tanggungjawab sebenarnya.

Dan aku tidak akan berlama-lamaan dan lemas,
dalam ruang waktu yang selesa.

.. petang itu, anak muda bersama secangkir kopi.

Rasa Berdosa Itu Suara Iman

Bismillhirrahmaanirrahiim.

Kau akan kenal dirimu dengan melihat dosa-dosa yang kau lakukan~

Kau akan kenal dirimu dengan melihat dosa-dosa yang kau lakukan~

Selesai lagu ‘Kalau Tuhan Dikenali – Mawaddah’ diputarkan.

Saya menghayati dengan dalam makna yang tersirat yang terkandung dalam setiap bait lirik di dalam lagu tersebut. Memang benar apan yang disampaikan. Kalau Tuhan itu benar-benar dikenali, pasti para hambaNya akan menimbang tara beribu kali untuk melakukan dosa. Hatta dosa yang sekecil-kecil dosa pun. Sebab apa? Sebab suara imannya mengatakan, oleh kerana dia mengenali Tuhan dan aturannya, maka dosa itu adalah sangat ditegah.

Tapi, kita sebagai manusia biasa ini bukannya maksum tidak melakukan kesalahan. Maka sebab itu taubat itu wujud, permohonan pengampunan terhadap Allah SWT itu ada, pengampunan dari Dia itu sentiasa terbuka luas buat para hamba-Nya.

Maka sebab kita ini penuh lemah dan kekurangan, pastinya dalam sehari itu ada sahaja dosa yang kita buat sekaligus menambahkan akaun dosa-dosa kita. Dan amat beruntunglah bagi sesiapa yang merasa berdosa apabila melakukan sesuatu dosa.

Kerana rasa berdosa itu adalah suara iman..

(more…)