Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March, 2013:

Berpagi-pagian

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Fly higher and higher.

Fly higher and higher.

Bunyi-bunyian makhluk Allah yang bernama burung saling bertanding. Mahu menunjukkan bunyian siapa yang lebih merdu, mungkin? Apa yang pasti, kicauan burung-burung itu sering mendamaikan. Dan itu pasti kerana burung-burung adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa tidak pernah terlepas untuk berzikir mengingati ALLAh Ta’ala.

Setidak-tidaknya, tiada hisab bagi haiwan.

Antara percaya dengan yakin; ada perbezaan, bukan?
Manusia memang ada dua rasa ini, percaya dan yakin.

Semua manusia boleh percaya. Tapi tidak semua manusia boleh menyerapkan keyakinan ke dalam jiwa. Percaya? Itulah kita.

Dalam konteks ALLAh memberikan dugaan, ramai manusia percaya itu adalah tanda kasih-Nya. Sengaja diuji-Nya kita untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada-Nya. Tapi hanya sedikit sahaja yang akan yakin bahawa selepas ujian kesusahan yang ALLAh bagi, maka Dia juga akan berikan kesenangan selepas itu.

Manusia percaya, namun sangat sukar untuk yakin.
Lemahnya iman, kan?

Berpagi-pagian dengan perkataan ‘yakin dan percaya’. Ya, inilah.

Perlu bersiap-siap untuk menjadi budak si musafir ilmu. Menempuh jalan untuk menuntut ilmu juga boleh digunapakai dalam konteks di atas; percaya ada kejayaan bagi sesiapa yang belajar. Namun kadang kala rasa susah menjentik hati. Kadang-kadang terasa kaki lemah tidak boleh melangkah. Namun perlu dikuatkan juga derap-derap langkah. *kenyit mata

Semoga ALLAh merahmati.

Khabar Kebaikan Itu Halus

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sebagaimana kau merasakan dirimu dalam ketidaksempurnaan, maka ketahuilah berita yang gembira itu selalu ada. Credit Picture : http://http://doroty86.deviantart.com/

Sebagaimana kau merasakan dirimu dalam ketidaksempurnaan, maka ketahuilah berita yang gembira itu selalu ada.
Credit Picture : http://http://doroty86.deviantart.com/

Semalam pergi ke kuliah dengan semangat seperti hari-hari biasa. Berjalan menelusuri pohon-pohon bunga yang setia menjadi pandangan indah di tepian sepanjang perjalanan. Mengikut arus pelajar yang lain, yang pastinya setiap dari mereka juga punya misi yang tersendiri.

Untuk mendengar syarah yang panjang dari pensyarah, antara yang saya syukuri ialah saya tidak akan mengantuk. Namun, semalam pada jam-jam pertama, saya seperti hilang fokus seketika. Saya dengar, tapi tak boleh dapat. Err, fahamkah perasaan seperti itu?

Akhirnya, diberi masa untuk seisi kuliah untuk ‘take five’.

Tika itulah saya mendapat khabar. Dan itu membuat saya tersedar, bahawa dalam apa jua kondisi pun, Islam telah mengajar umatnya untuk sentiasa fokus dalam hal apapun. Kerana Islam mengira setiap pekerjaan yang baik itu, adalah ibadah.

Kerana kita tidak diciptakan oleh ALLAh dengan main-main, maka seharusnya itu sudah cukup menjadi penyebab untuk kita menggila dalam hal-hal kebaikan dan sentiasa menumpukan perhatian dalam setiap pekerjaan.

Maka, nikmat yang manakah yang kita perlu dustakan?

(more…)

Kata-Kata Sajalah, Ya?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kata kata kata. Katakan apa saja. Kau ada imbalan tersedia; pahala atau dosa. Itu saja!

Kata kata kata. Katakan apa saja. Kau ada imbalan tersedia; pahala atau dosa. Itu saja!

Kata hati pergilah update blog,
kata jiwa tiada idea,
kata otak penat berfikir,
kata jiwa tiada mood mahu menakwil.

Kata hati pergilah berkongsi sesuatu,
kata jari tidak tahu meluah aksara,
kata mata penat menitip skrin yang cerah,
kata kaki lemah membengkokkan kaki dengan lama.

Kata hati kongsikan sesuatu yang bermakna,
kata akal diri kurang baik apa maknanya,
kata rasa kongsikan saja buat diri kau dan semua,
kata kepala kau memang tidak sempurna.

— kata hati selalu saja boleh membawa kau kepada dua perkara;
baik atau buruk.

Maka kau dengan akal sendiri boleh berhak memilih antara keduanya,
atau juga mungkin kedua-duanya sekali —
tapi jangan pernah dilupa;

Tuhan tidak pernah tidur sebenarnya.