Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March 20th, 2013:

Berpagi-pagian

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Fly higher and higher.

Fly higher and higher.

Bunyi-bunyian makhluk Allah yang bernama burung saling bertanding. Mahu menunjukkan bunyian siapa yang lebih merdu, mungkin? Apa yang pasti, kicauan burung-burung itu sering mendamaikan. Dan itu pasti kerana burung-burung adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa tidak pernah terlepas untuk berzikir mengingati ALLAh Ta’ala.

Setidak-tidaknya, tiada hisab bagi haiwan.

Antara percaya dengan yakin; ada perbezaan, bukan?
Manusia memang ada dua rasa ini, percaya dan yakin.

Semua manusia boleh percaya. Tapi tidak semua manusia boleh menyerapkan keyakinan ke dalam jiwa. Percaya? Itulah kita.

Dalam konteks ALLAh memberikan dugaan, ramai manusia percaya itu adalah tanda kasih-Nya. Sengaja diuji-Nya kita untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada-Nya. Tapi hanya sedikit sahaja yang akan yakin bahawa selepas ujian kesusahan yang ALLAh bagi, maka Dia juga akan berikan kesenangan selepas itu.

Manusia percaya, namun sangat sukar untuk yakin.
Lemahnya iman, kan?

Berpagi-pagian dengan perkataan ‘yakin dan percaya’. Ya, inilah.

Perlu bersiap-siap untuk menjadi budak si musafir ilmu. Menempuh jalan untuk menuntut ilmu juga boleh digunapakai dalam konteks di atas; percaya ada kejayaan bagi sesiapa yang belajar. Namun kadang kala rasa susah menjentik hati. Kadang-kadang terasa kaki lemah tidak boleh melangkah. Namun perlu dikuatkan juga derap-derap langkah. *kenyit mata

Semoga ALLAh merahmati.