Orang Bertanya, Kita (Ter)Fikir

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit to : http://tohdaryl.deviantart.com/
Credit to : http://tohdaryl.deviantart.com/

Selalu saja, pertanyaan orang lain boleh membuat kita tefikir dan termenung sendiri. Ada waktu pula, pertanyaan demi pertanyaan untuk mendapat sokongan dan dorongan datang kepada kita tatkala kita sendiri pun sedang dihimpit oleh sesuatu.

Dan memang, kalau diambil ibrah daripada soalan-soalan orang lain itu, memang akan membuat kita mendapat sesuatu. Rasa sesuatu, “rupanya bukan kita sahaja ada soalan!”.

Walaupun, ya macam saya cakap; kadang-kadang soalan itu bukannya kerana ‘ingin tahu’, tapi kerana mahu sokongan dan dorongan. Atau boleh jadi kerana ingin ‘memberitahu’.

Saya terfikir juga.

Entri 400 – Saya Belajar Sesuatu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Berselubung kasih-sayang dari kedua orang yang mulia itu, memang indah. Tidak tersamakan dengan apa saja!
Berselubung kasih-sayang dari kedua orang yang mulia itu, memang indah. Tidak tersamakan dengan apa saja!

orang ramai kata, kasih ayah berkorban nyawa.
serasa-rasa, memang betul tanpa keraguan.

Biar entri ke-400 ini, saya ceritakan mengenai seorang- abah!

Kadang-kadang rasa duit mengalir cepat. Tapi bila ditilik-tilik kembali, oh bukanlah duit yang sepertinya mengalir itu dibelanjakan atas perkara yang tidak berfaedah. Syukur jika begitu!

Zaman belajar ini – ya kitalah – zaman yang memerlukan banyak perbelanjaan. Termasuklah juga saya sendiri. Saya tidak tahu apa rasa mereka yang meminjam pinjaman dari kerajaan. Tapi untuk kondisi saya yang tanggungan di bawah kedua orang tua dan bantuan pihak yang berkaitan, maka saya tahu susahnya mendapatkan wang itu bagaimana.

Bagi seorang pelajar, berlapar itu mungkin sudah sebati. Dan syukur sekali lagi jika kamu pernah berlapar semasa di permusafiran ilmu; niatkan saja kerana ALLAh SWT.

Semoga Dia memberi perkenan keberkatan.

Untuk meminta kiriman wang dari kedua orang tua, hal itu selalu meresahkan jiwa ini. Takut meminta kerana asbab borosnya diri- walaupun memberi duit itu tanggungjawab mereka.

Dan walaupun mereka selalu berpesan; khabarkan kalau kehabisan.
Pasti sesaat dikirimkan — namun segan juga rasanya badan.

Continue reading “Entri 400 – Saya Belajar Sesuatu”

Bicara Mengenai Syurga dan Neraka

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Itu kalau diisi dengan muhasabah dalam kehidupan.
Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Itu kalau diisi dengan muhasabah dalam kehidupan.

Hari itu selesai kuliyah, saya dan rakan-rakan sebilik menapak kaki menuju bilik. Selesai segala kuliyah pada hari itu. Saya seperti biasa, sambil berjalan sambil memerhatikan manusia. Sesekali terserempak dengan manusia lain, salam diberikan dan senyuman terukir.

Entah mengapa tiba-tiba terlintas mengenai;
syurga dan neraka.

Saya diamkan. Dalam diam saya terbayang wajah satu persatu keluarga, sahabat-sahabat terdekat, kawan-kawan yang ada. Saya mendongak sikit, dihadapan kelihatan ramai manusia yang sedang berjalan seperti biasa. Mungkin juga seperti kami, kuliyah mereka pada hari itu selesai. Saya terbayang, bagaimana keadaan kita manusia ini di akhirat kelak?

Kalau di dunia ini, kita masih boleh bergembira dan berdiri di atas kaki sendiri. Tapi bagaimana di akhirat nanti? Mudahkah bagi kita? Atau sebaliknya?

Saya makan pertanyaan itu sendiri.

Continue reading “Bicara Mengenai Syurga dan Neraka”

Kamu Mahu Rasa Itu?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

kenapax

Mata segar bugar. Ya, masih. Walaupun telah banyak kerja yang sudah dibuat oleh kerahan jasad. Mungkin penangan kopi yang pekat. Mungkin juga sebab terbayangkan masa depan yang masih jauh di hadapan. Tapi untuk mahu berjaya, masa depan itu tidak akan pernah terasa sangat jauh dan lambat untuk dicapai.

Oh saya ada matlamat yang besar. Bukan mainan saja-saja.

Ada rasa yang mahu disampaikan; kadang-kadang, kita manusia tidak merasa penat untuk berbuat dosa. Kerana apa? Kerana yang terlihat itu indah. Mungkin juga kita sedar, tapi pasrah membiarkan diri diperkotak-katikkan oleh syaitan.

Kerana apa tidak merasa kehinaan untuk membuat dosa?
Mungkin juga kerana tidak dapat merasai kehinaan itu.

Tapi mari saya khabarkan. Mungkin kita sebagai manusia ada banyak cara untuk merasai kehinaan diri. Ikut sukalah. Kalau rasa sudah lama tenggelam dalam lagho, carilah cara yang terbaik untuk mengetuk diri sendiri. Mengeluh bukan penyelesaian.

Ah, izinkan saya sudahi entri ini.
Mahu mendahulukan apa yang patut didahulukan dahulu. Eh?

Semoga ALLAh merahmati.