Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February 4th, 2013:

Pagi-pagi Begini

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pagi-pagi begini membuatkan kita berfikir;
apakah sudahnya pada hari ini?
Kita tidak akan tahu apakah sudahnya dalam baik,
atau pun sudahnya penuh dengan masalah nanti.

Itu hakikat.

Namun pemula hari yang baik itu sudah tentulah subuh yang tertunai,
dan bukannya subuh di atas lambung di bawah sehelai kain.

Pagi-pagi begini juga membuatkan kita bermuhasabah,
betapa kita manusia bersifat mementingkan diri,
hanya kerana kita ini diri kita,
dan orang lain bukan diri kita.

Itu kelakar.

Dan oh ya, bagi saya sendiri;
saya tertarik dengan makcik cleaner yang baik hati itu,
besar pengorbanannya wallahi,
setia membersihkan aras ini yang banyak ragam manusianya.

Itulah.. Pagi-pagi begini.