Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February, 2013:

Hakim Manusia

Sungguh ramai manusia suka menjadi hakim, bukan? Credit Picture : http://charlex.deviantart.com/

Sungguh ramai manusia suka menjadi hakim, bukan?
Credit Picture : http://charlex.deviantart.com/

Menekuni tajuk kehakiman. Terfikir;
sungguh ramai manusia suka menjadi hakim, bukan?

Mungkin di sini terkait mereka,
tapi ini usahaku pada diriku atas bukan kepentinganku.

Ketika si pendosa datang meranapkan aibnya,
banyak detik diantara mereka memilih untuk menghindar,
detik itu aku memilih untuk mendekat.

Aku terfikir kenapa menghakimi tidak cukup ruang,
sedang syurga itu tidak bertepi luasnya,
kita sama anak akhirat,
berTuhan yang sama.

Aku puji kau wahai pendosa yang meranap aib,
kau tidak malu mengaku calar-calar kehidupanmu,
sedang orang lain berlagak sebagai Tuhan.

Mari aku genggam erat tangan kau,
mari aku paut kemas bahu kau,
serasa aku kau tidak kisah kita sama-sama berlari laju,
menuju negeri asal yang satu.

Apa Khabar, Duhai Dirimu?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Apakah manusia sedar khabar dirinya sendiri, atau hanya tahu bertanya khabar orang lain? Credit Picture : http://jpthart.deviantart.com

Apakah manusia sedar khabar dirinya sendiri, atau hanya tahu bertanya khabar orang lain?
Credit Picture : http://jpthart.deviantart.com

Manusia itu, adalah makhluk yang unik sebenarnya. Manusia mempunyai perasaan yang pelbagai. Adakalanya akan berasa gembira oleh dorongan sesuatu yang menyenangkan hati, ada masa akan berasa sedikit kelat di siang hari kerana hari yang dilalui tidak sesempurna hari-hari sebelumnya. Ada juga, rasa bahagia dalam jiwa manusia apabila kehidupan berjalan dengan tenangnya. Dan macam-macam lagi yang boleh diceritakan mengenai perasaan itu.

Itu, manusia.

Namun dalam pelbagai perasaan di jiwa itu, kadang-kadang manusia lupa kepada diri sendiri. Lupa untuk bertanya khabar diri sendiri. Lupa untuk menyapa,

“Wahai jiwa dan diriku, apa khabarmu?”

Apakah kegembiraan yang terpamer, juga tawa yang menghiasi telinga itu menandakan bahawa khabar diri jiwa seseorang itu berada dalam keadaan seperti yang terzahir? Tidak. Kerana apa yang terzahir belum tentu sepertimana yang terlindung disebalik batin yang tersembunyi. Pelbagai rahsia yang tersembunyi. Banyak.

Dan percaya atau tidak,
tidak semua orang yang menunjukkan tawa semahunya pada zahir itu bahagia dirinya.

(more…)

Bila Sebenarnya Ia Misi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kau anggap menulis itu main-main? Maka, aku takut mungkin kau silap.

Kau anggap menulis itu main-main? Maka, aku takut mungkin kau silap.

menulis;

dahulu aku pasang ia sebagai misi.
yang ertinya aku mesti berusaha dalam menulis.

dan sekarang;
tidak kira aku pasang ia sebagai misi,
atau tidak.

.. andai menulis itu adalah misi.
dan ianya bukan andai — tapi ia memang misi!