Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January, 2013:

Bila Kebaikan Itu Rasa Tidak Bermakna

Bismillahirrahmaanirrahiim.

im_give

Subuh-subuh begini, dengan hujan renyai-renyai yang menghiasi cuaca, tiba-tiba terfikir tentang rasa tiada makna untuk menyampai dan mengajak kepada kebaikan.

Saya jadi terfikir, berapa lamakah tegarnya seseorang mengajak dan menyampaikan kebaikan dalam kesabaran? Kalaulah hanya ganjaran dunia yang didambakan semata, maka pastilah dia akan berputus asa dengan mudah.

Dalam jiwa manusia itu, apabila dia melakukan sesuatu yang tidak melanggar moral dan melampaui batas-batas syariah dalam agama, ada satu kebahagiaan didalam jiwanya. Bukanlah sesuatu perbuatan itu adalah kerana mahu menginginkan pujian manusia, jauh sekali untuk mendapat sanjungan segala.

Dan sudah menjadi fitrah seorang manusia, apabila melakukan satu kebaikan, maka dia akan mengajak orang lain juga untuk melakukan kebaikan. Walaupun kebaikan yang dilakukan itu tidak serupa, kerana kebaikan itu sendiri adalah pelbagai yang tiada had.

Tapi bagaimanakah jika semangat kebaikan itu tidak bersahut?
Akan jemukah hati? Akan putus asakah jiwa?

(more…)

Kerana Rasa Kita Tidak Sama

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alam itu terbentang luas, tapi kadang-kadang yang sempit itu bukannya alam, tapi mata hati bagi yang melihatnya.

Alam itu terbentang luas, tapi kadang-kadang yang sempit itu bukannya alam, tapi mata hati bagi yang melihatnya.

Ada orang, baginya rasa bahawa kain baju itu hanya layak dijadikan sebagai kain buruk. Dan bagi orang selainnya, baju yang dijadikan kain buruk itu tadi masih jauh elok untuk dipakai sehariannya. Jauh sekali untuk dijadikan sebagai kain buruk.

Ada orang, melihat tawa-tawa kecil itu sebagai suatu kejelikan; perlukah untuk berasa gembira hanya kerana hal yang tidak sepatutnya? Hal yang biasa-biasa saja pun. Tapi bagi sesetengah orang, hal-hal yang menyebabkan tawa-tawa kecil itu sangat membahagiakan. Kerana didalamnya ada nilai kemanusiaan.

Ada orang, melihat suatu barang itu sebagai tiada. Tidak mengandungi makna. Hanya layak untuk dibuang ke dalam tong sampah. Tapi bagi segelintir orang, barang yang dilihat tiada makna itu adalah antara yang bermakna dalam hidupnya. Mungkin zahirnya barang itu kelihatan kecil, tiada harga. Tapi nilai sentimental yang ada pada barang itu menjadikan ia sesuatu yang berharga. Dan tidak mungkin terganti oleh apapun.

Sekarang kamu lihat kan, betapa rasa pada jiwa-jiwa manusia itu tidak sama?
.. begitulah jiwa-jiwa manusia.

Jangan merendahkan rasa-rasa manusia lain yang ada disekelilingmu, selagi ia tidak melanggar moral-moral manusia dan batasan syariah, maka bersahajalah. Kerana Islam itu sendiri meraih kegembiraan dan kebahagiaan. Itu namanya kebersamaan.

Mari belajar menghormati setiap rasa.
Agar nanti kamu tidak tenggelam dalam masa.

Semoga ALLAh merahmati.

Pembukaan Kata 2013 Masehi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mungkin kita patut duduk semeja dengan emosi yang tenang tanpa ego mengambil haluan =)

Mungkin kita patut duduk semeja dengan emosi yang tenang tanpa ego mengambil haluan =)

1.1.2013 – Selasa.
Entri pertama untuk tahun 2013.

2012 telah melabuhkan tirainya. Menutup segala peluang dan kemungkinan yang ada. Ditinggalkan di belakang. Dan sekarang, berhadapan dengan segala kemungkinan di tahun 2013. Pentas 2013 sedang menantikan manusia untuk beraksi di dalamnya.

2013 semoga ada ini pada diri;
muraqabatullah, al-itqan dan ar-rusyd.

dengan usaha sungguh-sungguh.
semoga ALLAh Ta’ala bantu. semoga.

Semoga ALLAh merahmati.