Ucap Sapa, Mungkin?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

DSC_7517

Sapaan pertama di bulan Disember 2012.

Banyak kisah mahu dikongsikan. Banyak cerita mahu disemadikan agar dapat diingati sampai bila-bila. Begitu banyak memori yang tersimpan di minda. Hanya saja, kadar had muatan memori minda itu tidaklah terhad dan tidak akan pernah penuh seperti mana external hdd Seagate 1TB saya itu. Setiap memori, masih segar dan hangat diingatan.

Cuti kali ini, banyak hikmah yang tersingkap. Banyak mutiara nasihat yang saya dapat.

Manusia tidak akan berpuas hati dengan apa yang dia ada selagi dia belum belajar mensyukuri nikmat-nikmat yang telah diberikan kepadanya. Itu benar. Tiada kesyukuran dari seorang manusia terhadap Tuhannya, seandainya dia tidak redha dan merasa cukup dengan apa yang dia ada serta berusaha menghargainya.

Antara yang terpenting yang saya belajar, kasih sayang itu melembutkan.

Nikmat yang ALLAh bagi rasa tahun ini; belajar erti kematian. Saya jenis orang yang jarang demam. Paling kuat pun, saya hanya selesema. Tapi bila ALLAh SWT takdirkan demam, maka demam panas + selesema + batuk saya akan memakan minggu juga.

Ada manis, ada pahit. Ada tawa, ada tangis. Itu namanya hidup.

Esok-esok, doakan saya dapat menulis coretan walaupun hanya contengan jalanan yang biasa-biasa dengan lebih semangat. Adalah suatu kepuasan dan kesyukuran sekiranya minda masih boleh melakar kata dan jari-jemari pula menterjemah.

Itu tanda Tuhan masih memberi masa.