Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

December, 2012:

Antara Nikmat-nikmat 2012

Bismillahirrahmaanirrahim.

Nikmat itu kadang kala seperti bayang-bayang ~

Nikmat itu kadang kala seperti bayang-bayang ~

Nikmat pada tahun 2012, tidak terungkap dengan aksara, apatah lagi dengan kata.
Sesungguhnya walaupun pahit adakalanya, tapi semuanya indah.

Tahun yang banyak belajar mengenai erti kemaafaan.
Tahun yang banyak belajar mengenai erti membersihkan hati dari kotoran.

Untuk segala nikmat yang telah diberi dan terjadi, adalah hal yang sangat-sangat disyukuri. Sangat. Kadang-kadang nikmat itu tidak terasakan, mungkin dek terlalu sibuk memandang arus dunia yang sering mencabar kewibawaan manusia, maka nikmat yang kecil dipandang tiada. Mungkin juga tidak terperasan dek mata.

Dan untuk satu anugerah ini; bertemu dan bersahabat dengan orang-orang yang baik, antara yang sangat saya berterima kasihkan kepada Tuhan.

Yang saya anggap mereka sahabat, yang menganggap saya sahabat. Yang sudi menjemput ke rumah dengan undangan ikhlas, yang bawa jalan-jalan walau pada mulanya tanpa tujuan. Yang sudi bawa jalan-jalan sekaligus belanja makan sebelum kembalinya saya ke medan perjuangan. Katanya, untuk meraihkan saya ini.

Yang menitipkan doa-doanya tanpa saya sedar.
Yang berbaik sangka dengan berhemah dengan kemuliaan.
Yang mengajarkan saya erti kehidupan; cara kasar mahupun lembut.

2012 adalah tahun yang awesome!

Pahit-pahit kita lihat,
tapi jangan tenggelam kekaburan.
Manis-manis kita ingat,
biar terkubur dalam kesyukuran.

Semoga ALLAH merahmati.

Kerana Itu Bukan Tugas Kita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kita jalan sahaja. Jatuh, kita bangun semula.

Kita jalan sahaja. Jatuh, kita bangun semula.

31 Disember 2012. Menarik nafas.
Oh, ini hari terakhir dalam tahun 2012. Tahun Masihi.

Apabila tiba dihujung tahun seperti ini, terasa sekali begitu cepat peredaran masa berlalu. Walaupun, sebenarnya dalam setahun ini begitu banyak perkara yang pernah dihadapi dan dialami oleh kita yang membuatkan kita sedih, gembira dan menangis.

Mungkin kesan gembira dalam jiwa agaknya.

Yang pastinya, ada juga diantara kita barangkali yang gagal mencapai misinya untuk tahun 2012. Mungkin setelah berusaha sekeras mungkin, dan juga mungkin kerana sudah merancang sebaik mungkin, namun akhirnya perancangan itu langsung tidak menjadi. Lalu kesedihan menyinggah dibenak. Akhirnya keluhan terluah jugak.

Seorang manusia dengan misinya.
Seorang sahabat dengan azamnya.
Seorang pelajar dengan harapannya.
Seorang pekerja dengan kesungguhannya.

Ah, tapi terimalah. Perancangan ALLAh jauh lebih mengatasi perancangan kita!

(more…)

Aku Selalu Terfikir

Bismillahirrahmaanirrahiim.

.. aku selalu terfikir.

.. aku selalu terfikir.

Aku, selalu terfikir;

ibu ayah bagaimana bisa kuat menahan rindu,
pada ramai anak-anak yang jauh,
tidak terlihat di mata, tidak tersentuh oleh tangan,
bagaimana mereka jadikan rindu itu sebuah kekuatan.

Aku, selalu terfikir;

apakah bisa nanti di suatu hari itu,
saat mereka lemah berdiri tak berdaya,
aku bisa dengan rela menjadi tangan dan kaki mereka,
menyuap dan membelai penuh kasih dan makna.

Pasti, pada dirinya aku ini;

aku tidak akan bisa kuat jika kehilangan mereka,
pada dua insan mulia yang banyak berjasa itu,
aku tidak akan sanggup menahan rindu,
tanpa tertumpahkan titisan demi titisan airmata.

Pasti, pada dirinya aku ini;

betapa pun aku cuba mahu berjasa,
seperti mereka memenuhi setiap mahu dan rayuku,
tidak akan mampu aku membalas setiap satu kebaikan,
yang mereka pernah curah tanpa berkira.

Semoga aku ini, anak yang sentiasa mendoakan mereka.