Perubahan Bukan Hanya Dengan Bicara

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit to : http://thefaithfulskeptic.deviantart.com/

Slurpee. Minuman yang tekak dambakan.

Saya akhirnya melangkah ke 7E yang berdekatan untuk membelinya. Tika dalam perjalanan, teringat seorang sahabat pernah membelikan air itu untuk saya ketika saya menziarahinya. Berjalan dan berjalan, akhirnya sampai. Tapi malangnya, mesin untuk menghasilkan air tersebut rosak. Maka saya minum mountain dew aja.

Semasa dalam perjalanan pulang itu, terdetik hati mengenai perubahan.

Dalam kepala ini muncul seperti ‘slide demi slide’ akan apa yang perlu diri saya ubah. Separuh daripada apa yang ditayangkan di dalam kepala saat itu, saya dapat ubah. Sebahagiaannya, masih dalam fasa menuju kegagalan. Maka saya katakan kepada diri sendiri, saya sebenarnya tidak akan kecapi perubahan itu jika hanya dengan kata-kata.

Berkata-kata memang mudah berbanding bertindak. Itu diakui.

Dan sebenarnya, setiap perubahan itu menuntut pengorbanan. Tidak kiralah mengorbankan masa, keselesaan diri, dan mengorbankan sesuatu yang kita sukai. Kerana sunnatullah memang begitu; perubahan menuntut pengorbanan!

Tidak cukup jika hanya sembang kencang sahaja, hai kawan.

Continue reading “Perubahan Bukan Hanya Dengan Bicara”