Didikan Tuhan kepada Manusia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bukankah didikan Tuhan itu dengan pelbagai cara~?

Dalam kehidupan seharian, khususnya kehidupan sebagai seorang pelajar. Terkejar ke sana ke sini itu adalah perkara yang biasa. Melekat di perpustakaan tempat pengajian itu sehingga digelar ‘nerd’ adalah perkara biasa. Juga ketika jiwa jadi mendung dek keserabutan kerana terlalu banyak tugasan yang perlu diserahkan.

Sudah jadi begitu, memang jiwa akan dinaungi awan yang menunggu masa sahaja untuk mengeluarkan hujan. Mood riang entah ke mana. Sifat kanak-kanak ribena juga sedikit hilang dek kerana kematangan di fasa kemendungan. Aduhai.

Dan sifat riang ria raya, dan senyuman sampai telinga, juga tingkah seperti kanak-kanak ribena hanya akan pulih setelah semua tugasan diselesaikan dan diserahkan kepada lecturers dengan jayanya. Akhirnya, pergi menikmati aiskrim dengan senang hati. Juga menghirup Slurpee melalui straw yang sedikit besar itu.

Maka, apa maksud ‘tersirat; sebenarnya yang kamu lihat?

Continue reading “Didikan Tuhan kepada Manusia”