Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October, 2012:

Jika Antara Kekuatan Telah Hilang

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Andai antara kekuatan itu hilang, tidak bermakna hilang semua kekuatan.

‘Antara kekuatanku’.

Sebagai manusia dalam menempuhi perjalanan hidup, mungkin ada sebahagian orang akan menyandarkan bahawa itu dan ini adalah sebahagian kekuatan hidupnya. Iya, saya juga begitu. Dan saya pasti, mungkin anda juga seperti itu.

Selain kedua ibu bapa dan adik-beradik yang ada, mungkin ada yang memilih untuk menjadi antara kekuatan diri adalah sahabat yang disayangi. Sahabat itu, tidak perlulah saya jelaskan panjang-panjang sahabat itu siapa. Kerana anda mempunyai definisi tersendiri yang lebih mendalam maksudnya, mungkin. Mungkin juga ada yang memilih kejayaan orang lain, atau pun kehidupan dan peribadi orang lain dijadikan sebagai inspirasi seterusnya menjadi antara kekuatan dirinya untuk terus bertahan melangkah dalam kehidupan. Itu pilihannya untuk dia jadikan sebagai kekuatan.

Macam-macam sebenarnya yang boleh menjadi antara kekuatan dalam hidup ini. Dan biasanya yang menjadi antara kekuatannya dalam kehidupan itu ialah seorang/sebuah yang sangat bermakna pada diri sendiri. Ibarat, kalau tiada ia, maka tempanglah dan hilang keseimbangan badan atau hilang separuh badan (ihiks).

Tapi, bagaimana jika kekuatan itu hilang?
Atau, bagaimana jika yang kita kekuatan itu menyakiti dan melemahkan kita?

Jika ditanya soalan itu kepada diri saya, saya sudah siap siaga dengan jawapan saya. Dan untuk itu, saya takkan pernah sekali-kali berpaling. Kerana yang hilang itu adalah ‘antara kekuatan’, bukanlah ‘sumber kekuatan’ pada kehidupan!

I have Allah Ta’ala as well.
I have my God who never leave me, and never give up on me.

Besar bezanya antara ‘sumber kekuatan’ dengan ‘antara kekuatan’.
Jangan samar dalam kekelabuan.

Semoga ALLAh merahmati.

Erti Pengorbanan Itu Pahit

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dari sudut mana sebenarnya kita melihat erti pengorbanan itu.

Di padang yang luas dan tiada sumber air yang boleh didapati. Dia berlalu, demi mematuhi Tuhannya. Maka si isteri bertanya tatkala dia mahu berlalu pergi, “Adakah Allah yang memerintahkan kamu untuk berbuat demikian?” Penuh yakin.

Dengan tenang dia menjawab, “Ya.”
Si isteri redha, tanpa rasa terpaksa, “Kalau begitu, Allah takkan abaikan kita”.

Oh crap! Isteri dia biar betul? Apakah ada seorang isteri yang dengan redha ditinggalkan oleh si suami dengan khabaran pulangnya yang tidak dijanjikan padanya? Are she out from her mind? Rela ditinggalkan macam tu sahaja.

Si isteri, dia hanya seorang ibu muda yang ditinggalkan di padang pasir dengan seorang anak kecil yang masih menyusu. Ditinggalkan dengan sedikit bekal kurma dan air. Selain bayi kecil itu, dia keseorangan. Dan dia sendiri tidak pasti apakah suaminya akan kembali atau tidak. Kerana suaminya sendiri tidak langsung menyebut soal itu.

Saat itu, betapa dia telah melakukan dan merelakan sebuah pengorbanan.

(more…)

Barakallahu fii umrik

Kamu, lahir selepas 3 tahun kelahiran orang.
Kamu, jadi adik orang yang pertama.

Hari ini, ulang tahun pada kegembiraan Ma dan Abah suatu masa dahulu.
Dan kamu sudah besar. Lebih tinggi dari orang.

 

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Sister.

 

Doa-doa untukmu dariku, biar menjadi bisikanku pada Tuhan. Biar menjadi rahsia antara orang dengan Tuhan. Tetapi orang berharap, semoga kamu sentiasa dalam kebaikan.

Untuk segala percakaran semasa kecil, dan usikan dari orang yang menjengkelkan kamu, harap dimaafkan. Bukan kebencian sebenarnya yang mendorong perbuatan itu. Tapi sebagai satu tanda kemesraan antara kita, mungkin? Hihihi.

Orang sayang kamu. Barakallahu fii umrik.