Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September, 2012:

Jangan Berhenti Bergerak

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Jangan pernah berhenti untuk bertahan..

*warming up

Sudah lama sebenarnya jari-jemari ingin menarikan rentaknya. Ada rindu yang bermukim dijiwa apabila membiarkan jari-jari kaku tanpa bergerak. Tapi, kebelakangan ini apabila menghadap sahaja lappy, mood yang mahu menulis itu serta merta hilang begitu saja. Akhirnya akan tutup lappy dan buat kerja lain.

Tapi hati rindu meronta-ronta mahu menulis.

Apapun, entri ini bukanlah berkaitan jari-jari yang bergerak. Tapi bagaimana kita bergerak dalam melaksanakan hak yang patut kita laksanakan. Bagaimana kita bergerak pantas terhadap apa yang kita sepatutnya dengan pantas menujunya.

Bergerak terus dan terus mencari hidayah, mungkin?

Let The Tittle Be – Unknown

Hati yang tidak kelihatan,
mengandungi beribu banyak rasa terpendam,
menyeringai melalui percakapan,
membalas dendam dengan zahir perlakuan.

Hati, hati, wahai hati,
yang tidak sekeras mana,
tapi boleh jadi lubuk dendam yang berbisa,
apatah lagi apabila sering dibajai,
dengan mengingati segala keburukan demi keburukan.

.. hati itu, manalah mampu menanggung rasa kejahatan.
kerana fitrahnya memang suka kebaikan.
lambat atau cepat menyelinap suatu rasa,
pasti hati itu akan penuh penyesalan.

Bantuan Allah sentiasa diharapkan,
agar kami-manusia-pendosa ini tidak menjadi Tuhan,
sesuka hati membenci, memaki dan mencaci serta memberi hukuman.

Dunia yang penuh penipuan,
damailah kau dengan doa orang-orang beriman,
menjadi saksi kepada yang berusaha ke jalan kebaikan,
orang yang membuang hasad dendam dan tinggi keegoan.

Hanya Perlu Mendengar

kadang-kadang yang diperlukan, hanya mendengar..

Kadang-kadang, bila orang datang kepada kita saat jiwanya penuh dengan kesuraman dek ujian dunia, dengarkanlah rintihannya. Dengarkanlah, hai kawan.

Itu bukan tandanya dia kekurangan kasih-sayang,
mahupun suka melayan perasaan,
atau emosi tidak bertempat.

.. kerana itu adalah harinya, saatnya, dia sedang diuji.

Bantuan terbesar kau adalah, kau mendengar meminjamkan telinga,
meminjamkan bahu untuk berkongsi rasa bebanan,
meminjamkan tangan untuk menepuk bahu,
cukup itu, kau sangat membantu.

Gunakanlah telinga-mendengar, kurniaan Tuhan,
untuk membantu-jangan menyendiri.

..kadang-kadang, kita hanya perlu mendengar dengan ikhlas..