Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September 29th, 2012:

Setenang Ruang Maghrib

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit to : http://soulofautumn87.deviantart.com/

Tertidur dalam waktu selepas Asar. Hidup ini, ada dua waktu yang saya tidak mahu tertidur di waktunya. Waktu matahari tegak di atas dan waktu asar sedang menyapa. Kerana terjaganya saya nanti, pasti akan mengundang sakit kepala yang amat sehingga kadang-kadang menitis airmata oleh peritnya sakit. Tapi dalam kes ini, tidak disengajakan, dek kepenatan yang dirasai oleh tubuh. Yang pada awalnya hanya mahu berbaring-baring merenggangkan sendi-sendi dan akhirnya terlajak sehingga senja.

Akhirnya terjaga sebelum maghrib menyapa. Terjaga dengan sedak yang agak teruk.

Terjaga dari tidur, duduk di birai katil. Lagaknya seperti sedang merenungkan sesuatu. Ada suatu perasaan yang saya rasa. Iaitu ketenangan. Ya, ketenangan. Entah mengapa tiba-tiba ketenangan itu mengundang airmata. Ketenangan di waktu maghrib.

Tenangnya, meresap ke dasar hati.

(more…)