Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September 1st, 2012:

Hanya Perlu Mendengar

kadang-kadang yang diperlukan, hanya mendengar..

Kadang-kadang, bila orang datang kepada kita saat jiwanya penuh dengan kesuraman dek ujian dunia, dengarkanlah rintihannya. Dengarkanlah, hai kawan.

Itu bukan tandanya dia kekurangan kasih-sayang,
mahupun suka melayan perasaan,
atau emosi tidak bertempat.

.. kerana itu adalah harinya, saatnya, dia sedang diuji.

Bantuan terbesar kau adalah, kau mendengar meminjamkan telinga,
meminjamkan bahu untuk berkongsi rasa bebanan,
meminjamkan tangan untuk menepuk bahu,
cukup itu, kau sangat membantu.

Gunakanlah telinga-mendengar, kurniaan Tuhan,
untuk membantu-jangan menyendiri.

..kadang-kadang, kita hanya perlu mendengar dengan ikhlas..