Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August, 2012:

Ramadhan : Hijrah Kepada Kebaikan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Memecahkan tembok hati. Meroboh egonya jiwa. Menepis bayangan dunia.

1, dah berapa kali asyik post pasal hijrah kepada kebaikan.
2, kerana hakikatnya saya sendiri sedang dan masih akan berhijrah ke arah itu.

Sejujurnya, kadang-kadang rasa tak layak untuk berkongsi entri yang baik-baik walaupun hakikatnya memang entri itu ditujukan atau dalam erti kata lain, ‘diboom bazokakan’ kepada diri sendiri. Tapi jari jemari ini tetap mahu menari menulis mengenainya. Mohon bacalah kalau merasa ianya baik.

Masuk sahaja bulan ramadhan, ramai yang set niat untuk memulakan itu dan ini. Ada yang freehair, berniat untuk bertudung bermula di bulan ramadhan. Katanya, tidaklah ralat sangat dengan pandangan orang disekeliling. Alhamdulillah, two thumbs up untuk mereka yang berniat begini. Ada yang memasang azam untuk khatam Al-Quran 3 kali dalam bulan ramadhan. Ada yang memasang azam memperbaiki akhlak dan budi bicara. Two thumbs up kepada semuanya. Saya tumpang gembira.

Atas niat baik anda sahaja, ALLAh Ta’ala telah mengganjari.

(more…)

Kesempatan Yang Hanya Sedikit

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Jika umur itu terbatas, maka kesempatan yang ada di dalamnya malah lebih terbatas.

Telah dihadirkan kesempatan demi kesempatan, peluang demi peluang bagi orang-orang yang berfikir dengan akal dan dipandu dengan iman. Hakikatnya, orang yang beruntung ialah yang selalu menjaga dan menanti kesempatan serta tidak membiarkannya hilang atau berlalu pergi dengan begitu sahaja.

Jika kita sibuk mencari isi untuk dunia yang tidak kekal lama. Maka, seharusnya kita lebih sibuk mencari isi untuk dunia kita di sana yang kekal selama-lamanya. Cumanya kita ini, pandangan terhadap akhirat kadang-kadang sirna akibat ‘cahaya dunia’.

Untuk saat-saat akhir ini, apa yang telah kita ada? (more…)

Diari Hati : Merangka Dan Menjejak Mimpi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Keserabutan dunia. Kesenangan akhirat?

There’s so many work to do, yet so little time.
And yes. So true.

Begadang semalaman demi membuat slide untuk presentation keesokan harinya. Kerja ‘last-minute’? A little bit la (grin!). Keesokannya, kelas pula dibatalkan. Hahaha. Saya tergelak. Aish, sweet ALLAh Ta’ala ni.

Cuba menghindar fokus dari memikirkan untuk menulis. Tetapi tidak berjaya. Penulisan itu, jiwa saya. Ya, walaupun picisan cuma. Seperti dalam blog ini. Cuba berfikir mahu kongsikan apa. Dan banyak, cuma tidak terungkap oleh jari-jari ini.

Mula terfikirkan untuk apa semua ini? I got the answers; Menjejak Mimpi!

(more…)