Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August, 2012:

Melepaskan Luka-luka Kehidupan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Melepaskan kesemua luka pergi. Ia takdir Ilahi~

Kita ini manusia. Dalam kehidupan manusia, sememangnya kita memang bersifat tidak sempurna. Maka, banyak kelemahan-kelemahan dan keburukan tingkah ada pada diri, sama ada kita sedari atau tidak. Yang Maha Sempurna itu adalah Allah Ta’ala.

Manusia tidak sempurna tidak bermaksud itu dijadikan alasan untuk tidak memperbaiki diri. Malah Islam menyeru kepada penganutnya untuk sentiasa memuhasabah dan membersih-bersihkan hati dan jiwa selalu agar sentiasa dalam ketenangan.

Apabila tidak sempurna, maka tentu ada cacat celanya. Pasti ada ujian mahupun perkara dalam hidup ini yang boleh menjadikan manusia rasa hambar. Ujian; sama ada diuji dengan manusia yang dikenali mahupun tidak, yang rapat atau tidak, ataupun keadaan sekeliling dan perjalanan hidup meninggalkan kesan yang bernama ‘luka’.

Pahit manis dalam kehidupan itu lumrah yang pasti dilalui.

(more…)

Bermanja-manja Dengan Allah SWT

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Harus berfikir untuk lebih rapat dan manja dengan Allah.

Bermanja-manja dengan ALLAh Ta’ala. Sweet, huh?

Beberapa hari lepas, hello hello dengan kawan baik. Bila sudah hello hello seperti waktu itu, macam-macam mutiara kata yang keluar daripada mulutnya. Sesekali saya menyampuk. Tapi banyak detik, saya banyak diam berfikir mengenai kata-kata dia. Salah satunya mengenai ‘bermanja-manja dengan Allah’.

Mungkin ramai diantara kita, kurang bermanja-manja dengan Allah Ta’ala. Mungkin kurang mengadu kepada Dia, walaupun sememangnya aduan itu tidak perlu kerana Dia itu Maha Mendengar. Tapi sebagai seorang hamba, pengaduan itu adalah tanda rendah hati dan diri. Juga sebagai adab seorang hamba, kepada Tuhannya.

Tanda kita ini, seorang yang kerdil dan sentiasa memerlukan-Nya!

(more…)

29 Ramadhan; Refleks Pada Diri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Terasa baru semalam ‘ia’ menyapa..

Lagi berapa puluhan jam, Syawal akan menyapa.

Ramadhan. Entah mengapa Ramadhan kali ini terasa begitu cepat berlalu. Ayat tipikal? Tak kisahlah, sebab itu apa yang saya rasakan. Bagaikan baru semalam Ramadhan menyapa, mengkhabarkan bahawa dia datang dengan penuh hikmah. Bagaikan semalam Ramadhan itu masih tenang dalam keberkatan-Nya.

Dan kali ini, saya betul-betul merasa masa itu cepat sungguh berjalan.

Keghairahan beraya? Biasa-biasa saja. Kalau waktu kecil dahulu, kita mungkin mahu Ramadhan itu cepat-cepat berlalu. Tapi sekarang, sudah ada akal dan fikir, pastinya merasa sesuatu apabila ia akan meninggalkan umat Islam sekali lagi. Tidak tahu kalau ada Ramadhan lagi buat diri ini.

Bagaimana ibadah sahabat-sahabat sekalian? Makin mantap? Mengejar laitul qadar?

(more…)