Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 3rd, 2012:

Ketenangan Yang Terbit Dari Kemaafan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kemaafan kepada manusia, tanda kau merendah diri pada Tuhan.

Saya mencari angin, jalan-jalan untuk memateri keindahan ciptaan Tuhan. Lensa dipulas dan dipulas lagi. Zahirnya, memang membosankan. Tapi tidak bagi saya. Dan dia – seorang kawan, berkeras mahu ikut. Saya kata sambil gelak, saya tidak berani tanggung kalau dia bosan nanti. Kerana kami tidak berkongsi minat yang sama.

Duduk berehat, saya melihat hasil tangkapan. Tiba-tiba kawan itu bersuara, “Suhana, pada kamulah kan. Layakkah kita merasa diberkati oleh ALLAh dalam perjalanan hidup sekarang dan yang akan datang andai dalam hati kita masih mempunyai keburukan. Keburukan yang macam.. Emm, tidak memaafkan orang? Atau lebih tepatnya masih berdendam dengan orang lain?” Matanya fokus ke mata saya. Maknanya, serius.

Dan soalan kawan itu tadi, membuatkan saya berfikir panjang.

Bersediakah dan dapatkah kita memberikan kemaafan kepada seseorang yang pernah menyakiti dan mengguris perasaan kita? Lapangkah hati kita akhirnya?

(more…)