Yakin Meneruskan Perubahan

Adakalanya mata yang terbuka itu belum tentu melihat.

*ditemani dengan instrumental ‘Selamat Pagi Cinta’.

Ramai yang maklum bahawa melakukan perubahan itu adalah sesuatu yang tidak mudah. Sungguh. Kerana perubahan itu ibarat berpindah dari satu tempat yang kita dah biasa sangat di tempat itu, lalu berpindah ke satu daerah lain yang kita masih terkapai-kapai memahami keadaan persekitaran.

Itu memang tidak mudah.

Tetapi, tidak mudah itu tidak bererti ‘tidak boleh’. Setiap pekerjaan, hatta dalam pembelajaran, bermulanya dengan sesuatu yang terasa agak sukar. Lalu perkara itu menjadi mudah, dan menjadi sukar kembali serta begitulah seterusnya.

Hidup ini adalah perjalanan.

Continue reading “Yakin Meneruskan Perubahan”

Getir Yang Menjadi Kekuatan

Menegarkan diri agar terus tegar.

Getir Yang Menjadi Kekuatan

Kadang-kadang, terasa mahu berhenti dari apa yang ada,
mencari daerah baru menyesuaikan jiwa.
Tetapi, menyingkap hikmah keberadaan diri,
pasti bukan sia-sia tujunya ditempatkan di mana berdiri.

Mengguna akal memujuk hati dengan seni,
ingatlah kasih Tuhan selama nafas yang terhembus.
Bukan kosong ruang hati itu sebenarnya,
cuma perlu berusaha mendekat dan mendekat kepada-Nya.

Tika ku terasa ingin berdiri kaku membiar berlalu,
aku disapa dek hati yang memujuk rayu;
Pada dirimu, ada hak mereka yang menyayangimu,
maka bersabarlah sehingga suatu saat bahagia menyapamu.

Kekuatan dan kebahagiaan ada pada tangan-Nya,
mintalah laksana sang pengemis yang hina menagih kasih-Nya!

Khabar Dari Hati

Lensa hati.

Khabar Dari Hati

Dalam mata yang bersih merayap cahaya kasih yang jernih,
aku menagih rahmat dengan melangkah kerana-Nya.
Dalam dada yang merasa tenang dipenuhi warna cinta,
aku janji setia mempertahankan amanah Allah.

Dalam sekelip mata ribut durja mengancam kasih yang indah,
tenang diam berfikir bukan bererti bacul tak terkata.
Setapak tiada kurela melutut atas kasih kerana dunia,
termusnahlah budi kiranya dari jiwa yang lara.

Terpatah kiranya hati rapuh dan tiada pula terbaiki,
benar masih ada khabar manja dari daerah hati yang terpenuhi.
Tapi, tiada rayuan – bersih dendam hargai yang ada,
kerana hodohlah langit dunia dendam menghitam di wajah.

Ada perutusan suci – manusia berkasih kerana Yang Mengasihi,
cemerlang cinta di ufuk langit membiru jernih.
Dan tercapai pun segala apa yang terbuku dihati selama ini,
semuanya kelunturan dibawa angin pergi merata tanpa suci.

Menimbang tara kondisi hati tertadah tangan kekosongan,
semuanya sudah terlalu sejuk, terlalu pucat dan basi!

Sirah : Wanita, Al-Ghamidiyyah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bagaimanakah hati kita yang segersang hari ini?

Kita pada hari ini, sejauh mana akan mengakui kesalahan tanpa ego?
Berada dalam kelas Fiqh, bercambah pemikiran.

Dan kisah seorang wanita yang digelar al-Ghamidiyyah itu benar-benar membuat saya ‘terpukul, serius. Dia, membawa diri yang hina menghadap Rasulullah SAW, mengakui dosanya dan meminta hukuman di dunia. Kerana takut akan hukuman di akhirat sana.

Diberi waktu.

Dan dirinya tetap mahu menerima hukuman itu. Walaupun dirinya maklum, kematian akan mengambilnya ketika hukuman itu akan dijatuhkan ke atas dirinya.

Continue reading “Sirah : Wanita, Al-Ghamidiyyah”