Dia Sangat Istimewa Bagiku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Abah yang sentiasa berusaha untuk anaknya ini.

Dia, banyak mengajar diri ini akan erti kehidupan.

Dia banyak menyaksikan tangis dan tawa diri ini, kejatuhan dan kegembiraan dalam hidup ini. Walaupun kadang kala dia tidak memahami, tapi dia sentiasa ada di sisi. Berusaha membuktikan bahawa dia itu adalah seorang ayah yang sentiasa melindungi anaknya. Tidak kira bila dan di mana.

Dia memahami diamku. Dia memahami senyumku. Dia memahami tawaku. Dia memahami gembiraku. Dia memahami rajukku dan setia memujukku dengan kata yang perlahan. Dan sungguh, terbit di benak ketika itu – aku tidak patut merajuk begini.

Continue reading “Dia Sangat Istimewa Bagiku”

Sahabat Itu Mahal Harganya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ukhuwah itu harum mekarnya seperti bunga.

ALLAh Ta’ala akan mencari di akhirat kelak,

”Dimana orang-orang yang saling mencintai karena Keagungan-Ku? Hari ini Aku naungi mereka dengan naungan-Ku.” (H.R Muslim).

Sahabat.

Perkataan SAHABAT itu adalah sebuah perkataan yang menggambarkan ikatan seseorang dengan seseorang yang lain, dan mempunyai makna khusus diantaranya.

Biasanya sahabat itu adalah seseorang yang dekat dalam hidupnya, menjadi sahabat seperjuangan dalam masanya, menjadi sebuah semangat dalam kelemahannya. Juga menjadi pembetul dalam salah dan silapnya.

Sebab itu, sahabat itu mahal harganya – tiada ternilai.