Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 10th, 2012:

Khabar Dari Hati

Lensa hati.

Khabar Dari Hati

Dalam mata yang bersih merayap cahaya kasih yang jernih,
aku menagih rahmat dengan melangkah kerana-Nya.
Dalam dada yang merasa tenang dipenuhi warna cinta,
aku janji setia mempertahankan amanah Allah.

Dalam sekelip mata ribut durja mengancam kasih yang indah,
tenang diam berfikir bukan bererti bacul tak terkata.
Setapak tiada kurela melutut atas kasih kerana dunia,
termusnahlah budi kiranya dari jiwa yang lara.

Terpatah kiranya hati rapuh dan tiada pula terbaiki,
benar masih ada khabar manja dari daerah hati yang terpenuhi.
Tapi, tiada rayuan – bersih dendam hargai yang ada,
kerana hodohlah langit dunia dendam menghitam di wajah.

Ada perutusan suci – manusia berkasih kerana Yang Mengasihi,
cemerlang cinta di ufuk langit membiru jernih.
Dan tercapai pun segala apa yang terbuku dihati selama ini,
semuanya kelunturan dibawa angin pergi merata tanpa suci.

Menimbang tara kondisi hati tertadah tangan kekosongan,
semuanya sudah terlalu sejuk, terlalu pucat dan basi!