Percaya Atas Percaya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

sebahagian harta yang Dia pinjamkan.

Hari itu, selesai mengatur-susun buku-buku yang ada. Senang hati! Eh, Abah cakap lagaknya sudah boleh buka perpustakaan. Saya hanya tersenyum. Sebuah perpustakaan di dalam rumah adalah impian saya.

Diam. Perkataan dosa bermain di minda. Terjenak seketika.

Layakkah saya membicarakan soal pahala dan dosa? Padahal saya sendiri ini diselubungi dosa dan noda yang sering berlaku dan tidak berpenghujung.

Kamu dan kamu. Dalam dunia ini, sungguh banyak perkara yang tidak terduga. Malah banyak perkara yang kita tidak pernah terbayang sikit pun akan berlaku. Mahu tidak mahu, bagi kamu dan kamu serta saya sendiri, kita semua harus mengakui.

Inilah dunia. Penuh warna!

Continue reading “Percaya Atas Percaya”

Aksara Kekuatan Dari Seorang Teman

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Saat ketika ..

Kata ucapannya, tidak terbalas oleh saya. ‘Speechless’.
Semoga ALLAh merahmatimu.

Saya, rasa bertuah dapat mengenal orang yang baik-baik. Meskipun saya sendiri bukan tergolong dari orang yang baik-baik seperti mereka. Sekurang-kurangnya, hati saya berkata; ALLAh Ta’ala masih menyayangi diri saya ini dengan mengizinkan untuk mengenali teman-teman yang baik.

Wahai kamu, sahabat. Di manapun kamu, saya sayangkan kamu fillah.
Saya dengan usaha saya di sini. Kamu juga, dengan usaha kamu di sana.

Doa dari sini, beserta senyuman nakal buat kamu di sana, wahai kecintaan-Nya!
Jaga diri sentiasa.

Dan di bawah ini, aksara kekuatan dari seorang sahabat yang saya hormati.

Continue reading “Aksara Kekuatan Dari Seorang Teman”

Dia Sangat Istimewa Bagiku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Abah yang sentiasa berusaha untuk anaknya ini.

Dia, banyak mengajar diri ini akan erti kehidupan.

Dia banyak menyaksikan tangis dan tawa diri ini, kejatuhan dan kegembiraan dalam hidup ini. Walaupun kadang kala dia tidak memahami, tapi dia sentiasa ada di sisi. Berusaha membuktikan bahawa dia itu adalah seorang ayah yang sentiasa melindungi anaknya. Tidak kira bila dan di mana.

Dia memahami diamku. Dia memahami senyumku. Dia memahami tawaku. Dia memahami gembiraku. Dia memahami rajukku dan setia memujukku dengan kata yang perlahan. Dan sungguh, terbit di benak ketika itu – aku tidak patut merajuk begini.

Continue reading “Dia Sangat Istimewa Bagiku”

Sahabat Itu Mahal Harganya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ukhuwah itu harum mekarnya seperti bunga.

ALLAh Ta’ala akan mencari di akhirat kelak,

”Dimana orang-orang yang saling mencintai karena Keagungan-Ku? Hari ini Aku naungi mereka dengan naungan-Ku.” (H.R Muslim).

Sahabat.

Perkataan SAHABAT itu adalah sebuah perkataan yang menggambarkan ikatan seseorang dengan seseorang yang lain, dan mempunyai makna khusus diantaranya.

Biasanya sahabat itu adalah seseorang yang dekat dalam hidupnya, menjadi sahabat seperjuangan dalam masanya, menjadi sebuah semangat dalam kelemahannya. Juga menjadi pembetul dalam salah dan silapnya.

Sebab itu, sahabat itu mahal harganya – tiada ternilai.