Secebis Dari Perjalanan Duniawi

Adakalanya, duka mengingati itu sangat memeritkan.

Lagu Forgive Me yang dinyanyikan oleh Maher Zain didengari 2 3 kali.

Lagu itu sebenarnya rintihan seorang hamba kepada Tuhannya. Pengakuan seorang hamba yang datang dengan penuh hina kepada Tuhannya.

Wahai Tuhanku, ampuni diri ini dan seluruh kamu muslimin dan muslimat.

Sejenak teringat perbuatan lalu yang menyakiti orang lain dan diri sendiri.
Menyakitkan. Memeritkan – perkara sudah terjadi; harus dipelajari.

Kadang kala dalam hidup ini, banyak sungguh yang tidak terduga. Makin dewasa, makin jauh perjalanan, makin merasai kesakitan demi kesakitan. Melihat luka demi luka yang berdarah, sembuh semula dek perjalanan masa. Parut? Bukanlah untuk didendami.

Continue reading “Secebis Dari Perjalanan Duniawi”

Manuskrip : Anak Akhirat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mampukah menjadi sebuah kenyataan? =)

Ini antara hasrat yang ingin dicapai.

“Kalau orang tulis sebuah buku boleh?” Dijawab, “Boleh..”
Meneruskan pemanduan. Diam.

Teragak-agak membuka bicara kembali. “Tapi orang baru buat sikit. Tak tahu kalau bakal jadi realiti atau tidak. Mungkin akan tertanam begitu saja? Mmmm.”

Gear ditukar kepada gear tinggi selaras dengan kelajuan. Dia pandang pergerakan itu. “Buat saja. Macam mana nak tahu dapat buat ke tak kalau tak sungguh-sungguh. Kalau dah sungguh-sungguh tapi tak dapat, itu lain cerita. Nanti Dia mesti bagi jalan lain punya. Dia tak pernah sia-siakan usaha setiap hamba. Ingat.”

Bicaranya bersahaja. Sangat bersahaja. Tapi terkandung emas kebenaran!

Mungkinkah saya patut kerjakan semula manuskrip ini?
Atau biarkan sahaja?

Orang-orang yang menulis buku-buku motivasi itu, bukanlah mereka yang tidak dilanda masalah dalam hidup. Bukan juga mereka yang tidak pernah menangis sedih apabila dilanda suatu musibah. Bukan juga mereka yang tidak pernah mengalami tekanan perasaan. Bukan juga mereka yang sentiasa dalam kesenangan.

Tetapi mereka ada sesuatu.
Sesuatu.

Kerana Cinta Itu Perlu Paksinya

Pada-Nya, cinta seluruhnya perlu berpaksi!

Cinta,
Tiada orang yang boleh hidup tanpa cinta.
Mengingati cinta adalah naluri yang paling dasar.

Cinta,
Tertanamnya jauh di lubuk hati.
Terzahir oleh akhlak; mengarah tingkah laku.
Jika baik cintanya, baiklah jiwa serta akhlaknya.
Jika sebaliknya, maka akan pincanglah kasihnya.

Cinta,
Hawa itu teladannya.
Datang kepada Adam membawa kasih.

Dan cinta Tuan Punya Dunia itu,
melebihi segala suatu cinta di muka bumi.
Pada-Nya segala cinta perlu berpaksi.

Mencintai apapun di atas muka bumi ini,
biarlah berpaksikan Dia Yang Kekal Abadi.

Mencapai pen, melakar kata jiwa
– Suhana –

Teguhkan cintaku kepadamu,
wahai Tuhanku.

Kita Semua Adalah Penulis Buku Amalan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sama ada kita menulis diksi yang baik, atau buruk. Kita pilih!

You are the author of your own book on the Day of Judgement.
Make sure it’s well worth reading~

Itu ayat yang saya tulis pada helaian muka surat pertama dalam buku diari pemberian seorang sahabat. Hei kamu yang dicintai di sana, saya dah guna diari pemberian kamu untuk diisi dengan diksi jiwa. Terima kasih yang banyak dari sini.

Terjaga daripada tidur secara mengejut dengan tiba-tiba teringatkan hari kematian diri sendiri bila, di mana dan bagaimana sangat menyeramkan jiwa. Saya akui.

Duduk. Tiba-tiba terfikir. Bagaimana dengan buku amalan? Apakah buku itu adalah buku yang akan diterima oleh tangan kanan; tanda keselamatan, atau buku amalan yang akan diterima oleh tangan kiri; tanda kebinasaan?

Buku amalan. Penulisnya, adalah kita sendiri. Titik.

Continue reading “Kita Semua Adalah Penulis Buku Amalan”