Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May 23rd, 2012:

Tiada Apa Yang Akan Berubah

Kita, jika tidak disukai oleh seluruh manusia sekalipun,
cahaya matahari itu tidak akan pernah sirna.

Tetapi jika kita tidak disukai oleh Allah Ta’ala,
hatta cahaya matahari yang terang itu tidak dapat menerangi dunia kita.

Kebencian manusia lain itu bukanlah apa-apa,
tiada apa yang akan berubah.

Kerana yang menciptakan Syurga itu bukanlah manusia,
tetapi ALLAh Yang Maha Kuasa.