Kerana Cinta Itu Perlu Paksinya

Pada-Nya, cinta seluruhnya perlu berpaksi!

Cinta,
Tiada orang yang boleh hidup tanpa cinta.
Mengingati cinta adalah naluri yang paling dasar.

Cinta,
Tertanamnya jauh di lubuk hati.
Terzahir oleh akhlak; mengarah tingkah laku.
Jika baik cintanya, baiklah jiwa serta akhlaknya.
Jika sebaliknya, maka akan pincanglah kasihnya.

Cinta,
Hawa itu teladannya.
Datang kepada Adam membawa kasih.

Dan cinta Tuan Punya Dunia itu,
melebihi segala suatu cinta di muka bumi.
Pada-Nya segala cinta perlu berpaksi.

Mencintai apapun di atas muka bumi ini,
biarlah berpaksikan Dia Yang Kekal Abadi.

Mencapai pen, melakar kata jiwa
– Suhana –

Teguhkan cintaku kepadamu,
wahai Tuhanku.