Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April, 2012:

Sengkang Waktu

Assalamu’alaikum wbt.

Kadang-kadang, bukan waktu yang cepat berlalu. Tapi kita, tanpa sebarang manfaat membiarkan masa berlalu.

Kembali menulis.

Kesibukan yang sering tidak dapat diatasi oleh diri sendiri dengan sebaiknya menyebabkan ada beberapa perkara penting yang perlukan diberikan prioriti untuk dilakukan, tergendala. Tertangguh dan yang sama erti dengannya.

Ada beberapa perkara yang sudah disenaraikan pada cuti ini. Dan semuanya akan dimulakan sebaik sahaja kaki ini memijak negeri tanah tumpahnya darahku.

– I’ll try my best to be me
– Berdua-duaan dengan ‘Kekasih Hitamku’ – DSLR
– Cuba merealisasikan hajat untuk memberikan ‘giveaway’ kepada pembaca blog ini
– Memperbanyakkan bacaan dengan bahan-bahan bacaan yang ilmiah dan falsafah
(sebenarnya menghabiskan buku yang belum dibaca =P)
– Meluangkan masa untuk kerja di lapangan, dan keluarga

Hanya itu yang umum yang boleh dikongsikan. Sebenarnya, saya mempunyai sebuah projek untuk menghasilkan sesuatu. Dan saya berusaha dan bertawakkal untuk menyiapkan ia dalam masa lebih kurang 2 bulan ini. Sekiranya berita baik, maka akan saya kongsikan dengan sahabat pembaca.

Saya gembira sebenarnya. ALLAh Ta’ala telah hadiahkan saya pertemuan dengan sahabat yang saya cinta. Syukur itu tidak terkata meskipun sesudah bertemu seperti sekarang ini masih lagi bergaduh-gaduh manja, dingin-dingin manja, mengajuk manja.

Hahaha ^^
Alhamdulillah. Semoga sahabat saya itu dipelihara Allah Ta’ala selalu.

Psst! Kepada yang sudi membaca blog ini, saya sayang kamu.
: Jaga diri, jaga hati, jaga iman dan amal. Barakallahu lakum~