Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March, 2012:

Cinta Ilahi – Syeikh Jalaludin Rumi

Cinta itu, ada!

Setiap kita adalah pengembara
dalam perjalanan menuju Yang Esa
Orang baik orang jahat ditarik-Nya jua
pasti kembali dengan rela atau tidak rela

Orang yang buta akan Tuhannya
kembalinya itu tidak ia rela
Tapi bagi yang tahu hakikatnya
kembalilah ia dengan rela

Orang yang buta akan Tuhannya
ibarat bayi cintakan ibu kerana susunya
Tapi orang yang celik akan rahsia Tuhannya
menyerahkan jiwanya kepada Dia semata-mata

Si bayi tidak melihat kecantikan ibunya
cantik atau buruk tidak dipedulikannya
Apa yang penting ialah susu ibunya
itulah saja yang dikehendakinya

Cinta sebenar terhadap ibu
bukanlah cinta kepada susu
Bukan susu hendak dituju
tujuannya ialah si empunya susu itu

Kalau kita cintakan Tuhan
bukan cinta kerana pahala ganjaran
Bukan cinta kerana paksaan
tapi cinta rela, bukan sesuatu diharapkan

Tenggelamlah si sufi dalam lautan kecintaan
Tuhan cinta kepada mereka dan mereka cinta kepada Tuhan
Habib dan Mahbub terikat dengan suatu ikatan
ikatan cinta dalam kerohanian dan kejiwaan.

Sebuah sajak tentang Cinta Ilahi, dalam kitabnya yang berjudul ;
Mathnawi.

Ikhlas Itu Yang Mendamaikan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ikhlas yang diam itu lebih berharga dari kegembiraan yang penuh kepuraan.

Hari sebelumnya.

Saya baru keluar dari bilik tutorial yang terakhir pada hari tu. Tidak terus balik ke maskan, saya singgah di raudhatul kuliyyah. Duduk sendiri, untuk beberapa minit, saya kira. Penat jangan dikira, memang agak kepenatan. Jadi hari itu memang lesu.

Tiba-tiba jadi terfikir, dalam kepenatan tu, mana keseronokan untuk mendapatkan setiap ilmu baru? Kenapa rasa itu terasa semakin hilang dalam jiwa? Mana keikhlasan yang mendamaikan jiwa? Keluhan akhirnya dilepaskan.

Mana keseronokan yang dipasang kerana ALLAh Ta’ala?
Ke mana hilang semua itu?

Keesokannya.

Kuliah pertama bermula 8.30 pagi. Saya mengambil tempat duduk dihadapan, itu amalan yang cuba dipertahankan. Dan seperti biasa, Ustaz Nadzri akan memulakan kuliah dengan tazkirah pasal ilmu berkat. Sehinggalah sampai satu bab, beliau menyentuh tentang keikhlasan dalam menuntut ilmu.

Mata beliau dan saya bertemu. Okie, baik! Saya mengalah.
Beliau memang pandai ‘membaca’ apa yang terpendam dalam jiwa ini.

(more…)

Kerana ‘Dia’ Penghubung Hati

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dinginnya jiwa, kerana jauh dari ALLAh?

Saat tiba ke ayat yang menyentuh sukma; Sesungguhnya ALLAh bersama orang-orang yang sabar. Saya berhenti. Memandang padang bola yang terbentang di hadapan mata. Cuba menarik nafas dengan rasa yang berlapang dada. Mencuba untuk mengalihkan anak mata ke atas awan sana. Mengapa masih terasa berat di dalam jiwa?

Tarik nafas. 1, 2, 3. Hembus dengan perlahan. Dilakukan sebanyak dua kali.

Terpandang sebiji bola tidak jauh dari jarak saya. Kitab cinta Ilahi itu ditutup dengan perlahan, dikucup. Moga Allah merahmati dan menyaksikan adab dengan kalam-Nya. Saya pergi melangkah ke arah bola itu. Sudah lama tidak bermain bola.

Bola itu ditendang sekuat hati. Arghhh! Bolehkah masalah ditendang seperti ini?
Bolehkah perkara yang menyerabutkan kepala, meresahkan jiwa ditendang sebegitu?

Tidak. Sesekali tidak.

(more…)