Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March 16th, 2012:

Cinta Ilahi – Syeikh Jalaludin Rumi

Cinta itu, ada!

Setiap kita adalah pengembara
dalam perjalanan menuju Yang Esa
Orang baik orang jahat ditarik-Nya jua
pasti kembali dengan rela atau tidak rela

Orang yang buta akan Tuhannya
kembalinya itu tidak ia rela
Tapi bagi yang tahu hakikatnya
kembalilah ia dengan rela

Orang yang buta akan Tuhannya
ibarat bayi cintakan ibu kerana susunya
Tapi orang yang celik akan rahsia Tuhannya
menyerahkan jiwanya kepada Dia semata-mata

Si bayi tidak melihat kecantikan ibunya
cantik atau buruk tidak dipedulikannya
Apa yang penting ialah susu ibunya
itulah saja yang dikehendakinya

Cinta sebenar terhadap ibu
bukanlah cinta kepada susu
Bukan susu hendak dituju
tujuannya ialah si empunya susu itu

Kalau kita cintakan Tuhan
bukan cinta kerana pahala ganjaran
Bukan cinta kerana paksaan
tapi cinta rela, bukan sesuatu diharapkan

Tenggelamlah si sufi dalam lautan kecintaan
Tuhan cinta kepada mereka dan mereka cinta kepada Tuhan
Habib dan Mahbub terikat dengan suatu ikatan
ikatan cinta dalam kerohanian dan kejiwaan.

Sebuah sajak tentang Cinta Ilahi, dalam kitabnya yang berjudul ;
Mathnawi.