Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ikhlas yang diam itu lebih berharga dari kegembiraan yang penuh kepuraan.
Hari sebelumnya.
Saya baru keluar dari bilik tutorial yang terakhir pada hari tu. Tidak terus balik ke maskan, saya singgah di raudhatul kuliyyah. Duduk sendiri, untuk beberapa minit, saya kira. Penat jangan dikira, memang agak kepenatan. Jadi hari itu memang lesu.
Tiba-tiba jadi terfikir, dalam kepenatan tu, mana keseronokan untuk mendapatkan setiap ilmu baru? Kenapa rasa itu terasa semakin hilang dalam jiwa? Mana keikhlasan yang mendamaikan jiwa? Keluhan akhirnya dilepaskan.
Mana keseronokan yang dipasang kerana ALLAh Ta’ala?
Ke mana hilang semua itu?
Keesokannya.
Kuliah pertama bermula 8.30 pagi. Saya mengambil tempat duduk dihadapan, itu amalan yang cuba dipertahankan. Dan seperti biasa, Ustaz Nadzri akan memulakan kuliah dengan tazkirah pasal ilmu berkat. Sehinggalah sampai satu bab, beliau menyentuh tentang keikhlasan dalam menuntut ilmu.
Mata beliau dan saya bertemu. Okie, baik! Saya mengalah.
Beliau memang pandai ‘membaca’ apa yang terpendam dalam jiwa ini.





