Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March, 2012:

I’m Falling. Again and Again

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dosa yang diulangi berkali-kali, terasa sakitnya menyuntik hati.

Feeling bad for sinning is a good thing.
But losing hope in improving after sinning is,

certainly not!

Yang Tidak Terduga

Assalamu’alaikum wbt.

Melopong seketika. Gembira dalam terkejut.

Ada insan yang tidak pernah kita sangka-sangka untuk bercakap perihal agama, akhirnya berbicara menyentuh soal agama. Dan bicaranya itu sangat menyentuh hati. Beserta pengakuan, “Aku mahu buat perubahan besar dalam diriku. Dan aku serius.”

Kadang-kadang, yang tidak terduga itulah yang mulia.

Hati ini, perlu diajari. Untuk merendah diri dan belajar sifat merasa hina; Saat seseorang yang tidak pernah terduga berbicara soal cinta Allah Ta’ala. Mungkin saat itu, dengan izin Allah, hatinya sangat dekat pada Rabb-Nya. Dan hatinya yang baru kembali itu, lebih bersih dari hati ini.

Saat dia berbicara, lapangkanlah dadamu. Rasakan kehangatan jiwanya.
Dia, sedang gembira menuju Tuhan kita.

Dan kita, apakah kita sudah sangat selesa untuk menggelar diri sedang berada di jalan Allah Ta’ala. Sehingga tidak merasa kesayuan jiwa orang lain yang sedaya upaya mencari jalan Allah Ta’ala walaupun dengan cara yang terkapai-kapai?

Adakalanya, diri kita ini perlu dihambat dengan rasa malu!

Penggenggam Hujan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Penggenggam hujan, akan terus menggenggam.

Hujan di luar semakin lebat. Ada keinginan yang timbul dalam benak.

“Nak mandi hujan.” Begitu ayat yang kunyatakan sambil memandang rakan sebilik yang sedang menghadap laptop.

Dia membuat muka, “Jangan eh. Dahlah selesema.”
Dan aku hanya tersengih.

Aku memilih untuk diam berbaring di katil yang hampir dengan tingkap. Kelihatan dengan jelas rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi. Benar, ada ketenangan padanya. Aku menilik diri melihat beburung beterbangan dari dahan pokok yang dihinggapi apabila hujan semakin lebat.

Semalam, sungguh aku hilang pertimbangan. Dan mungkin silapnya ada pada diriku sendiri. Aku yang banyak kekurangan, banyak cacat cela dan keburukannya. Bila difikir kembali, sakit sungguh apabila menyedari bahawa semalam itu, pelakunya adalah aku.

Emosi menguasai akal. Titik.

Dan hujan, sekali lagi mengajari diriku akan suatu perkara; Aku ingin menjadi seperti hujan. Yang hakikatnya kelebatannya adakalanya tidak disukai oleh manusia. Tetapi ramai yang tidak sedar dan berpura-pura tidak tahu bahawa, di hujung rintik hujan itu terkandung rahmat dari Allah Ta’ala.

Dan apabila hujan itu sekian lama tidak membasahi bumi, manusia pula yang akan merintih dan mencari-cari mana kehadiran hujan untuk menyejukkan suhu bumi.

Wahai orang (aku) yang hilang pertimbangan, walaupun kau bukanlah orang yang baik untuk digelar penyabar, tapi tidak rugi jika kau bersabar dari hilang pertimbangan.

What past is past.
It’s just a useless thing if you sigh-ing~ right now.

Penggenggam Hujan,
tabahlah menjadi hujan yang sekejap didambakan. Dan sekejap dilupakan.