Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February, 2012:

Tidak Semua Perjalanan Itu Indah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Suatu hari, pernah duduk-duduk berbual dengan rakan sekuliyah. Dari sembang-sembang kosong sehinggalah menyentuh tentang kehidupan. Bab demi bab dalam kehidupan menjadi tajuk perbualan.

Seperti biasa; ada manis dan pahitnya dalam menuju proses perubahan.

Saya kira, pengalaman itu semua orang akan lalui. Dalam perjalanan untuk perubahan, tidak pernah tidak ada yang pahit. Tidak pernah tidak ada yang sakit. Tidak pernah tidak ada airmata yang tidak tumpah. Insan yang melangkah dalam perubahan, pasti akan merasai semua itu. Pengalaman pahit yang akan menjadi manis, akhirnya.

Dan pastinya, perjalanan hidup kita berbeza-beza!

(more…)

Bersyukur Dengan Nikmat Seadanya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkaan kepada kamu), tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu…” – an Nahl : 18

Hidup dalam peredaran zaman yang menuntut manusia untuk sentiasa ‘up-to-date’, sering menggoda jiwa dan fikiran kita supaya sentiasa mahu merasa lebih atau setidak-tidaknya setanding dengan orang di sekeliling.

Kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita ada kerana jiwa dan fikiran kita sentiasa melihat kelebihan orang lain. Orang lain itu begini, untungnya dia. Orang lain itu begitu, untunglah dia. Kita tidak lagi berminat untuk menjadi diri sendiri. Sebaliknya, sentiasa mengikut arus mood orang lain.

Perasaan serba kekurangan pada diri menyebabkan jiwa tidak damai dan tenang!

(more…)

Memahami Putaran Hidup Dunia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pergolakan hidup menegakkan darjat manusia

Pergolakan hidup kita dengan serba kekurangan dan kelemahan dalam banyak keadaan menyebabkan kita memandang masa depang kita tidak secerah masa depan orang lain. Diri kita tidak bertuah seperti orang lain. Fikiran yang jernih itu, mula dikelabui prasangka yang bukan-bukan. Jiwa menjadi resah, bimbang dan sedih mengenangkan keadaan hidup yang kita sangka tidak akan berubah sampai bila-bila.

Terasa apa yang Tuan Punya Dunia berikan itu, tidak adil!

Namun, inilah hakikat kehidupan. Proses dalam kehidupan itu sering ditempuhi seiring dengan peningkatan umur yang semakin singkat. Pelbagai tingkatan ujian yang ditempuhi satu persatu. Itu lumrah.

Semua manusia akan mengalaminya. (more…)