Dunia dan Masa – Jalaludin Rumi

Dunia dan Masa

Setiap saat anda mati dan kembali
“Dunia ini hanya seketika” sabda Nabi
khayalan kita ibarat anak panah
yang dipanahkan oleh orang Yang Maha Gagah

Sebagaimana anak panah tetap melayang di udara
sentiasa ia menuju sasarannya
kita pun menuju matlamat kita
kembali kepada Yang Maha Esa

Setiap saat dunia diperbaharui
kita tak sedar ianya bertukar ganti
Hari demi hari
saat demi saat tanpa henti

Kerana terlalu pantas, ia kelihatan berterusan
umpama puntung api dihayun-pusingkan dengan tangan
Masa dan waktu adalah kejadian
disebabkan oleh cepatnya tindakan Tuhan

Demi Pena

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Since the past few months, I have been writing less and less.

“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan.” – al Qalam : 1

Saya, sudah kurang menulis sekarang ini. Saya tahu, saya perasan. Kalau dulu, buku nota dan pen selalu ada di tangan. Selalu, walau ke mana.

Apa sahaja yang terlintas di kepala, dilakarkan melalui diksi di dalam buku catatan.

Tapi sekarang, semua itu semakin tiada. Buku nota tersimpan di dalam laci. Pen khas untuk mencatat segala idea spontan, tersadai di sebelah buku tersebut.

Waktu ini, jangan kata buku dan pena.
Malah idea selalu tersekat, terkadang langsung tiada!

Dan sekarang, mana semua itu? Mana gerakan tangan yang selalu bergerak untuk mencatat sesuatu yang ada di kepala, dan dicakna untuk melihat-Nya? Mana?

Kesal juga pada diri.