Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February 12th, 2012:

Andai Kematian Itu Memilih Aku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kepastian yang sangat pasti. Mati.

Mati. Suatu kepastian yang sangat pasti.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Suatu perkara yang kita tidak tahu di mana keberadaannya, bila akan menjemput kita. Kematian yang kita tidak tahu bila roh kita meninggalkan jasad. Namun yang pasti, kita meyakini kehadirannya.

Kematian itu apa?

Suatu pengakhiran.
Suatu permulaan.

Pengakhiran dan permulaan? Ya. Suatu pengakhiran bagi hayat kita semasa di dunia. Dan suatu permulaan untuk perjalanan alam yang seterusnya.

(more…)